Merdeka Holiday : Pusat Rekreasi Sungai Lentang


Pusat Rekreasi Sg Lentang ni kalau sesiapa yang tak tahu, terletak di lebuhraya Karak. Selalu lalu di sini balik kampung tapi tak pernah singgah. Pusat rekreasi ini terletak di sebelah kiri dari arah Karak ke Gombak. 

So here we are. Masuk adalah percuma. Tapi dah nampak dah ada pondok pengawal nak dibina di pintu masuk. Maybe after this akan dikenakan bayaran.

Tempat sini amatlah sesuai untuk keluarga. Disediakan tenpat BBQ yang dibina di sepanjang sungai, ada surau, tandas yang bersih (masuk bayar 30sen). 

Ada kawasan yang berbatu (memang cantik), dan kawasan landai. Sesuai untuk bawa budak-budak.

Kami ambil kawasan landai sebab senang nak kawal budak-budak.
Jom usha gambar..




Keep calm & eat ice cream.

Kelas mengajar.
Tekun budak -budak ni mendengar apa yang ayah ajarkan.


Memang menarik. Kawasan sekitar yang bersih. Yang bestnye disediakan tempat pun BBQ. Tue yang paling penting.

Kalau sesiapa yang merancang berpiknik, bolehlah pergi di sini. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil