Nostalgia Nasi Lemak Sayur Kangkung

Last 2 weeks (nak cerita gak.. ) bangun pagi tetiba bagaikan wayang gambar di depan mata time sekolah dulu makan nasi lemak bungkus Kampung Baru. Terbayang-bayang weekend ayah selalu beli nasi lemak kat satu warung ni kat Kampung Baru (entah ada lagi ke tidak, lama tak jengah ke sana). Yang specialnya nasi lemak ni, peniaga tu letak sayur kangkung yang dah dicelur. Tetiba kecur air liur. 

Terus buka fridge, teringat sayur kangkung yang beli kat pasar malam. Bila tengok sayur kangkung tu masih segar, terus hati berbunga-bunga. Cepat-cepat keluarkan bahan-bahan apa yang patut untuk buat Nasi Lemak. En Suami dan budak-budak tidur lagi, so dengan sepantas kilat terus masak.

(Sorry, rumah saya takde fancy fancy pinggan.)

Maka terhasil lah Nasi Lemak dengan Sayur Kangkung.
Senang jek. Encik Suami pelik.
"Ada ke orang makan nasi lemak dengan kangkung?"
Dengan confident saya cakap "adalah.."
Dengan muka pelik Encik Suami makan sambil mengangguk angguk kepala.
Sedaplah tu.
Rasa puas dapat makan apa yang dihajati.
Alhamdulillah.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil