Restoran Warisan, Nu Sentral


Hari Jumaat lepas, saya dan kawan saya berkesempatan terjah ke Nu Sentral. Kalau sesiapa tak tahu Nu Sentral tu kat mana, Nu Sentral adalah Kompleks membeli-belah yang terletak bersebelahan dengan KL Sentral.

Kami pergi dengan menaiki Putra LRT. First tempat yang kami terjah adalah tempat makan, sebab perut dah lapar sangat, maka tengoklah map kat situ. Kat NU Sentral ada banyak tempat makan, sampai tak terpilih lagi. Food court lagi. 

Jalan punye jalan kat LG Floor, ternampaklah Restoran Warisan. Sebab target nak makan nasi, makan terus masuk.

Menariknya restoran ni, kita boleh pilih jenis nasi yang kita nak. Pilihan yang ada nasi putih, nasi pandan, nasi beras perang.
Macam-macam menu ada seperti nasi lemak, nasi kukus, variety mee, western, dessert, roti jala, ubi kayu, roti bom, nasi bunga telang, ayam goreng pedas dan macam - macam lagi. 

Tenung punye tenung menu, akhirnya kami decide :

Nasi kukus beras perang + daging rendang = RM15.90
(Konon-konon nak makan sihat maka pilihlah beras perang)
Sedap. Dan kenyang sangat sampai tak larat nak habiskan nasi dia. Berbaloilah. 
Lauk boleh pilih rendang daging, ayam goreng berempah, biasa, daging kambing mysore.

Mee Rebus Kuah Ketam = RM 10.90
Rasa?? Not bad

Gambar dari pandangan atas. Menarik tak? 
Maaflah meja tak berapa nak kemas.

Kopi 'O' untuk kami berdua.

Sesiapa yang ada jamuan or makan-makan dan perlu kan tempahan, mereka juga ada combo party. Yang penting boleh save. Combo terdapat untuk 5pax dan 10pax.

Bintang 3/5. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil