Saya Adalah SuperHero


Minggu lepas tempat kerja saya melancarkan Hari Menderma Darah. Memang tiap-tiap tahun ada menjalankan kempen ni. Tiap-tiap tahun saya menderma, dan tiap-tiap tahun lah sah sah ada masalah dengan saya. Tapi last week tak dapat pergi sebab kesihatan tak mengizinkan so melepaslah free gift special daripada jabatan yang terlibat. Rugi rugi 

Semalam pergilah ke tempat sepatutnya nak derma darah. Tiba-tiba rasa nervous lak. Bukan nebes sebab nak tengok jarum or nak cucuk jarum tu, nebes sebab takut ada apa-apa problem. Tahun lepas sampai 3kali tak lepas sebab tekanan darah rendah, kali ke4 baru lepas tu pun border.

Siap baca doa apa yang patut, sebab memang niat nak derma darah tiap-tiap tahun. Check tekanan darah 104/60

Border. Haishh dah makan kut.
Check darah, Hb plak border. Nasib doktor tu izinkan derma.

Aims nak penuhkan buku, tak dapat penuhkan buku, penuhkan 1 muka surat pun jadilah (ada hati.. tekanan darah selalu fail hahaha. Yang penting, NIAT.)

Tapi lepas derma darah dan minum segelas milo, terus naik office. Mula-mula okay, tapi bila petang tu mulalah rasa letih. Rasa flat dan kepala pusing. Dalam hati cakap " tuelah degil.. nak sangat"

Malam tu penat sangat sebab rasa letih 2 3 macam, tidur awal.

Pagi ni terus makan nasi lemak + sotong. Dah lama tak pekena nasi lemak. Konon-konon nak pulihkan energy. Muahaha. Dengan segelas #mineralcoffee. Kawan cakap bagus minum ni untuk bagi energy. 

Lets try

Setakat waktu ini, so far ok. Tak penat. 

Nota : sesiapa keadaan kesihatan mengizinkan silalah derma darah. Hospital kekurangan darah lebih-lebih lagi lepas musim perayaan. Tak dapat bagi duit, bagi apa yang termampu. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil