Terima Kasih KTMB


Al kisahnya petang tadi naik komuter dari Stesen MidValley. Tren 3koc datang. Memang waktu macam ni, tren 3koc jelah. Masuk koc wanita, rasa berbahang.
Dah la ramai orang, mulalah rasa nak pitam. 

Lepas tu kawan suggestkan supaya tweet @ktmbkomuter, ialah manalah tahu kalau-kalau boleh tolong. Maka dengan panas tahap masuk dalam microwave, rasa macam nak tumbang terus tweet @ktmbkomuter. 

So sungguh efficient sekali customer service ktmbkomuter. Thumbs up. Terus ada pegawai check koc mana yang tak ada aircond dan siap pengumuman supaya berpindah ke koc 1 dan 3. Rupanya koc wanita je aircond tak berfungsi. 2kali pegawai check nak pastikan penumpang selesa.

Terima kasih @ktmbkomuter. 

p/s : kalau ada rasa ketidakpuasan terhadapa perkhidmatan buatlah aduan. Tapi gunalah bahasa yang elok. Bahasa melambangkan siapa kita. Ini tidak, bahasa kasar. Ayat kenalah betul ye. Berbudi bahasa amalan mulia (dah macam kempen berbudi bahasa la pula)

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil