Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

BBQ Town @ Mid Valley

Geng makan saya tetapkan tema makan-makan bulan ini adalah "Pandang Ke Timur" @ Jepun. Last month Korea, bulan ni Jepun. Sebab mereka ni berangan nak pergi sana tapi tak pergi-pergi. 
Destinasi paling hampir ialah MidValley sebab 2 sahabat kami ni takleh lewat masuk office sebab berhadapan dengan patient so kena panctual.
Malyly cadangkan BBQ Town. Restoran ini terletak di bahagian South, Tingkat 2, bersebelahan dengan F.O.S.

Kami decide nak pilih buffet. Senang. Tak perlu pening-pening nak pilih apa. Cuma buffet ni pilihan terhad sikit lah. 2jam diberi untuk setiap sesi. Kami datang awal, nasib baik sebab lepas tu ramai beratur kat luar menunggu giliran. Famous rupanya restoran ni.
Kite boleh pilih nak datang mana satu atau nak ketiga-tiga jenis daging. Oh ye yang menariknya daging adalah free flow. Janji habis dimakan okay! Jangan tamak, Allah tak suka.
Menu ala carte, kalau nak tambah pun boleh.

Disebabkan pilih buffet so tak perlu nak pilih minuman. Minuman yang ditawar…

Perbualan Mak Mak di Pejabat

Saya selalu seronok nak dengar perbualan mak mak yang anaknya sudah memasuki alam persekolahan dan dah dewasa. Maklumlah anak masih kecil lagi, so bila dengar bolehlah nak cedok ilmu sikit. Tak salahkan. Tahun lepas (kuat sungguh ingatanku ini), ada seorang ibu kat pejabat meceritakan dia bersusah payah upah tutor datang rumah, ajar anak sulungnya belajar tengah malam (sepatutnya anak diberi tidur awal, bagus untuk perkembangan mereka) demi memastikan anaknya lulus dengan cemerlang dalam UPSR sebabnya dia nak hantar anaknya masuk ke sekolah agama berprestasi cemerlang di salah satu negeri di Malaysia. Bagi merealisasikan impiannya, dia akan pastikan anaknya buat segala latihan. Tekanan demi tekanan dibuat dan akhir keputusan UPSR keluar. Keputusan tidak begitu yang dia harapkan iaitu 3A. Bagi saya sudah cukup bagus sebab maklumlah anak lelaki mana betah nak baca buku lama-lama. Ibu ni punyalah risau takut anaknya tidak dapat masuk ke sekolah itu, namun rezeki sudah dicatatkan, anaknya…

Restoran RSMY, Jalan TAR

Kalau orang Kuala Lumpur mesti dah kenal restoran ini. Restoran ini terkenal dengan Beriani dan Nan Cheese "best in town".
Hahaha tapi inilah 1st time saya dengar dan tahu. Itu pun ada kawan office yang bercerita.
Restoran ini terletak berderet dengam Hotel Lotus dan Restoran Hanifa di Jalan TAR.
Jom tengok menu yang ditawarkan.



Harga tak termasuk GST ye.
Nan cheese : RM6
Tandoori : RM10.
Dah macam makan pizza. Inilah nan cheese yang famous tu. Memang melimpah ruah cheese dia.
Nan Garlic : lupa harga berapa.
Ni ayam tandoori yang mereka perap.
Restoran memang full house. Siap ada orang menunggu di luar. Tunggu turn nak makan. Punyalah famous restoran ni. 
Maybe next time kena rasa nasi beriani pulak. Sebab tadi jeling kat orang sebelah, nasi beriani punyalah banyak. Macam boleh makan 2 orang. Overall nan cheese tu memang terbaik. 

Weekend : Egg Muffin

Macam last week, jerebu makin teruk. Pengumuman dari Kementerian Pelajaran pun dah dibuat, sekolah tutup esok.
Kesihatan pun tak mengizinkan. Sakit tekak dan demam sejak semalam so pagi ni memang malas nak buat apa-apa. 
Breakfast pun ambil resipi dari TipHero. Kalau sesiapa nak tahu cara membuatnya boleh jenguk ke Pages FB saya.
Bahan-bahan :
Daging cincang yang telah digoreng Tomato Sayur (kalau nak bubuh),saya letak sayur bayam Cheese Telur Susu Segar Soda Bikarbonat Garam + Lada Hitam

Tak berapa nak bentuk. Oklah 1st trial.

Letak sos thai, bertambah nikmat nak makan.

Pagi Aidiladha : Dalam Kenangan

Mungkin Aidiladha kali ni rasa pilu dan sedih. Tak seperti tahun lepas. Sepupu yang disayangi Sharifah Fadziah binti Syed Abd Rani telah pulang ke rahmatullah. Jam 850 malam (malam raya) di Hospital Ipoh. Sepupu yang menghabiskan masa mudanya menjaga adik beradik. Selalu buat kek. Masakan kasih sayang, itu paling layak dianugerahkan. Bila jumpa pasti dipeluk eratnya kami sampai tak boleh bernafas. Seerat kasih sayangnya terhadap kami. Pipi kami habis dicium, dilayan seperti anak kecil. Sehangat kasih sayangmu. Mana mungkin kami boleh lupa. Mana mungkin kami mendustakan kasih sayang yang telah kau berikan. Buat Kak Yang, kasih sayang tetap dan pasti hangat dalam ingatan kami adik beradik. Moga damai di sana. Moga Jannah ganjarannya di atas segala pengorbanan dan kasih sayang dicurahkan. Al - Fatihah.

Al Fatihah.
"Kepada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali" "Cukuplah kematian itu sebagai muhasabah"

Restoran Ali Cafe Tomyam Seafood, Lembah Pantai

Pusing - pusing KL, ingatkan nak makan kat satu restoran ni tapi penuh sampai melimpah ruah, so kami pusing KL. Dah lama tak pusing. Tengok Live Band kat depan Sogo, lalu Jalan TAR, Maju Junction. Nama je duduk dan lahir kat KL tapi tempat macam ni memang jarang nak turun sebab ramai orang. Sakit kepala.
Drive sampai ke Lembah Pantai. Sampai Menara R & D Universiti Malaya. Kami ternampak sebuah restoran terletak bersebelahan Balai Bomba Lembah Pantai. Dekat dengan TNB Lembah Pantai. 
Restoran Ali Cafe.  Oranh ramai, parking pun susah gaklah sebab betul-betul kat tepi main road. Tapi terjah jelaj since tak tahu nak pergi mana lagipun dah jam 930malam.
Mee Kungfu = RM 8.00 Dahlah mee bersalut telur, atas mee tu ada telur lagi. Mewah dengan protein sungguh. Penuh pinggam dengan sayur. Rasa, oklah.
Mee Goreng : RM 5.00
Rojak Buah 
Ayam Goreng Kunyit 
Kopi O Ais (En. Suami order, entah bila suka minum air kopi ni) dan Milo Ais. Terbaiklah Milo Ais ni, penuh dengan rasa milo. Entah berapa sudu d…

Bila Penginapan Ditaja : Hotel Melia, Kuala Lumpur

Minggu ni cuti terus sampai Aidiladha. Suami ajak ikut dia pergi training di Hotel Melia, Kuala Lumpur. So here we are, stuck in the middle of city. Depan Berjaya Times Square dan belakang Plaza Low Yatt. Time ni je dapat berdating dengan keluarga lama, so biarlah cuti tinggal sedikit pun janji family first. Lagipun this week cuti sekolah, biarlah budak-bidak bersuka ria before musim exam nanti.
Jom explore Hotel Melia ....
Kawasan lounge. Siap ada piano. Ini terletak di bahagian lobby atau lebih dikenali sebagai The Level.
Jalanraya memang sesak. Dengan tourist bas, public transport dan kereta.
Bilik kami terletak di level 1. So faham-faham jelah, view tak berapa nak cantik. Bilik comfortable. 

Bathroom clean checked. Cuma tak best, kalau sesiapa nak buang air besar/kecil semua kena beristinjak guna tisu. Takde paip air berdekatan dengan bowl toilet tu. Failed sungguh macam ni.
Menarik packaging.
Jajan.
Nescafe & tea as usual.
Kami dapat voucher RM60 sehari untuk makan di The Kitchen. Bertua…