Skip to main content

BBQ Town @ Mid Valley

Geng makan saya tetapkan tema makan-makan bulan ini adalah "Pandang Ke Timur" @ Jepun. Last month Korea, bulan ni Jepun. Sebab mereka ni berangan nak pergi sana tapi tak pergi-pergi. 

Destinasi paling hampir ialah MidValley sebab 2 sahabat kami ni takleh lewat masuk office sebab berhadapan dengan patient so kena panctual.

Malyly cadangkan BBQ Town. Restoran ini terletak di bahagian South, Tingkat 2, bersebelahan dengan F.O.S.


Kami decide nak pilih buffet. Senang. Tak perlu pening-pening nak pilih apa. Cuma buffet ni pilihan terhad sikit lah. 2jam diberi untuk setiap sesi. Kami datang awal, nasib baik sebab lepas tu ramai beratur kat luar menunggu giliran. Famous rupanya restoran ni.

Kite boleh pilih nak datang mana satu atau nak ketiga-tiga jenis daging. Oh ye yang menariknya daging adalah free flow. Janji habis dimakan okay! Jangan tamak, Allah tak suka.

Menu ala carte, kalau nak tambah pun boleh.


Disebabkan pilih buffet so tak perlu nak pilih minuman. Minuman yang ditawarkan green tea atau ice lemon tea.

Tempat pemanggang nya. Sup boleh pilihan sama ada sup ayam atau miso soup (pedas). Disebabkan risau ada orang tak makan pedas, so kami decide pilih chicken soup.

Pilihan banyak ke arah sayur. Ada parkchoy, salad, sawi, pelbagai jenis cendawan, mee udon, pelbagai jenis bebola.

Sorry gambar tak clear, sebab perut dah lapar sangat huhu.

Sushi pun ada. Boleh ambil berapa banyak, janji habis.

Daging.

2 jenis perasa aiskrim. Green tea dan coklat. Aiskrim memang tekstur lembut sangat. Green tea tu recommended sangat. Win. Sedap sangat. Saya tambah 3kali makan aiskrim green tea ni. Topping ada 4 jenis : cereal, choc rice, peanut dan nata de coco.

Pelbagai jenis sushi.

Nampak tak box hitam kat belah kiri tu? Tue box daging. Dah tinggal separuh dah. Semua test fine motor skill pakai chopstick. Haha u must have alot of practice dear. 

Paling win ialah dip/sauce bbq ni. Memang sedap. Nak je minta resipi. Gambar?Alamak lupa nak ambil, semua dah lapar. Tapi serius sauce bbq tu memang sedap. 

Setelah dicampur dengan 10% + 6% gst = RM 34.75 seorang kena bayar.
Oklah harga. Perut kenyang sampai tak larat nak jalan. Dahsyat sungguh penangan bbq ni.


Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…