Cuti Buat Apa?


Selamat Hari Malaysia. Selamat Hari Penubuhan Malaysia. Cuma tak best ada perhimpunan baju merah. Haishh .. we are malaysian right?

Anyway, korang buat apa hari ni. Ingatkan nak bawa anak-anak balik rumah atok dan opah, tetiba rupanya atok, opah dan makyang pergi berjalan makan angin lak. So cancelled plan.

Pagi tu after breakfast roti canai, anak sulung bersemangat nak buat homework dia. Rajin sungguh dia minggu ni. Saya tak pernah suruh dia buat homework supaya dia tahu erti tanggungjawab. Dia tahu cikgu suruh buat maka dia kena buat.

Badan dah makin rapat kat meja itu ertinya dia dah penat. Hehe faham sangat perangai dia.

For lunch, saya buat simple since Encik Suami tak balik. 

Saya masak ayam goreng ala KFC dan sayur masak lemak.

Untuk saya, kari pedas tanpa santan dengan ikan tongkol.

Petang, anak sulung terbaring tengah rumah. Beberapa kali mulut dia berzikir "ibu, kita bosanlah. Nak buat apa ni"

Tengok cuaca oklah sikit. Bawalah mereka ke taman permainan berhampiran bagi melepaskan gian. 15minit saje. Itupun merengek nak main lagi.

Banyak kali ulang. "Abang, 10minit."
"Abang, 5minit".

(Tips untuk anak: Nak suruh mereka berhenti main, jangan terus cakap suruh berhenti. Kalau boleh cakap macam ni. "Abang, main sampai pukul 530 okay.". Lepas tu kita countdown, "Abang, 10minit lagi" - buku pendidikan kanak-kanak. Reason dia supaya kanak-kanak akan patuh apa yang disuruh. Biasakan mereka dengan waktu)

After that terus drive pergi Bangi Gateway. Ingat ada lagi indoor plauground kat situ. Rupanya dah takde. Alahai takde rezeki anak nak main.

Ibu pun teruskan niat nak shopping tudung jap.

Bagus betul konsep butik tudungpeople ni. Sebelah dibuatnya cafe, so memang senanglah nak shopping.

Order venice vanilla milkshake 
(vanilla : untuk redakan tekak merah).
Dan oreo cheesecake. Maka anak-anak duduk diam makan dan minum walaupun takdelah diam mana. Mereka buat cafe tu macam mereka punya sampai masuk ke dapur. Alahai anak.

Namun sempatlah ibu grab Sanaa Black. Yippie. 
Jomlah kita balik, esok sekolah.!!!
2 hari lagi, lepas tu cuti seminggu.
Apa plan korang sempena cuti sekolah + aidiladha ni.
Saya? Tunggu .. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil