Skip to main content

Merdeka Holiday : Mari Pergi Ke Kuala Gandah


Cuti panjang Merdeka acctually takde plan pergi memana pun. Tapi memang nak pergi holiday tapi tak tahu nak pergi mana. Tiba-tiba Encik Suami cadangkan supaya pergi ke Kuala Gandah untuk melihat gajah. Kami memang nak plan nak pergi trip sehari je, taknak bermalam. 

Tips 1 : Masuk exit Lanchang. Dari tol exit Lanchang, belok ke kanan. Dari exit Lanchang ke Pusat Konservasi Gajah adalah dalam 30minit dengan kadar kelajuan biasa.

Tips 2 : Sebelum sampai ke Pusat Konservasi Gajah ada satu taman yang menarik untuk melihat rusa, Deerlands. Tapi kami tak masuk ke sana, next time okay.

Tips 3 : Masuk adalah percuma di Pusat Konservasi Gajah tetapi sebelum masuk kena daftar dan sign surat perjanjian. Tampal sticker di baju. 



Marilah kita menikmati keindahan taman pada cuaca yang agak hangat ni.
Di sini ada disediakan surau, tandas, tempat makan. So dont worry. 

Lepas daftar, kita boleh masuk ke dalam teater room untuk melihat dokumentari mengenai gajah. Sekejap je dalam lebih kurang 20 minit. Masa kami datang, waktu tayangan dalam 1330.

Pukul 1400 adalah acara gajah mandi.

Gajah berbaris masuk ke dalam sungai. Panas terik waktu ni. Demi nak tengok gajah, direlakan sahaja walaupun pipi si kecil ni dah merah-merah.


Gajah pun pandai beratur. 


Staf memandikan gajah. Keruh dah air.

Pengunjung dibenarkan mandi bersama anak gajah. Tapi bayaran dikenakan. Rm50 (fixed) + 2dewasa RM20 + 2 Kanak-kanak RM10 = RM80.

Tengok dari atas jambatan sahaja.

Pukul 1430 acara bagi gajah makan.
Selesai gajah mandi, mereka akan bawakan gajah masuk paddock untuk memberi peluang pengunjung memberi gajah makan.

Pengunjung dibenarkan mengambil makanan yang disediakan oleh pihak pusat. Percuma. Hari ini, gajah makan betik ye.

Berebut orang beri makan. Nasib kami dah pasang kekuda supaya orang tak rempuh hehe..

Lepas bagi bapa dnn ibu gajah makan, kami menuju ke paddock anak gajah. Terletak di kawasan lain pula. Di sini nak bagi anak gajah makan, kena bayar ye. Mereka sediakan kacang, tebu. Makanan di harga RM2. Murah je.


 Di sini barulah dapat tahu bunyi gajah sebenarnya. Unik betul.

So far memang sesuai nak bawa bebudak jalan-jalan di sini. 
Menarik.

Lepas tengok gajah kami menuju ke Temerloh demi nak makan ikan patin poyok .

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…