Merdeka Raya : Hari terakhir Cuti Panjang

Post terakhir untuk cuti merdeka hari tu. 

Dataran Nilai : 

 Sebab tak tahu nak pergi ke mana so kami bawa budak-budak ke Taman Permainan yang terletak di Dataran Nilai. Waktu petang tempat ni memang happening. Ada giant bubble, gerai minuman, keluarga berpiknik, ada sesi photography, budak-budak main rollerblade. Memang best.



Waktu makan tengah hari, kami pergi ke Restoran Aroi Thai Boat Noodle

Kawasan : Shaftbury Square, Cyberjaya.

Tapi susahnye lah nak parking. Terhad. Tak berapa 'mesra' mall. Kalau nak selesa parking, kawasan parking terletak di bahagian belakang bangunan. Tak berapa sesuai. 

Harga makanan dan minuman semua RM 1.90.
Dessert pun harga RM1.90. 
Ada 2 jenis dessert iaitu mango sticky rice (pulut mangga) dan coconut curd. dan minuman ada lebih kurang 7 jenis. 



Maaf gambar sedikit tak cantik tapi makanan memang sedap.
Kami tak makan bertengkek-tengkek pun. Nak rasa je. 
Sesapa yang dah pernah makan mesti tahu portion makanannya iailah sesudu je. Tu yang trademark orang pergi ke sini, mereka akan susun bertengkek-tengkek mangkuk tu. Kami pilih chicken glass noodle soup, tom yum glass noodle soup, thai green curry chicken with rice, thai style omelete with minced chicken. Yang tak ada dalam gambar thai fish cake (side dish). Banyak lagi pilihan makanan dengan side dish yang bermacam-macam. Tak ambil gambar je sebab phone tengah problem.

Thai tea. Recommended. 
Sedap sangat. Rasa lain daripada yang lain.

Air Kelapa

Alamat boat noodle ni ada tertera di resit.

Dinner di Restoran Redwok

Bagi makan malam, kami ke Restoran Redwok

Chilli Crab.
Anak sulung mengidam nak makan ketam.
Disebabkan ibunya tak khatam lagi masakan chilli crab ni, makan terpaksalah bawak dia makan di sini.

Shopping Merdeka : Crocs 

Sempena Hari Merdeka, ada potongan istimewa sebanyak 58% untuk 58 pelanggan pertama setiap outlet. Limit 3pasang kasut. Memang berbaloi.



Wanita dan kasut memang tak boleh dipisahkan.
Bak kata pepatah " Good shoes will bring you to your dream destination"
Harap-harap macam tue lah. Silalah bawa kami ke destinasi impian.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil