Restoran Ali Cafe Tomyam Seafood, Lembah Pantai

Pusing - pusing KL, ingatkan nak makan kat satu restoran ni tapi penuh sampai melimpah ruah, so kami pusing KL. Dah lama tak pusing. Tengok Live Band kat depan Sogo, lalu Jalan TAR, Maju Junction. Nama je duduk dan lahir kat KL tapi tempat macam ni memang jarang nak turun sebab ramai orang. Sakit kepala.

Drive sampai ke Lembah Pantai. Sampai Menara R & D Universiti Malaya. Kami ternampak sebuah restoran terletak bersebelahan Balai Bomba Lembah Pantai. Dekat dengan TNB Lembah Pantai. 

Restoran Ali Cafe. 
Oranh ramai, parking pun susah gaklah sebab betul-betul kat tepi main road. Tapi terjah jelaj since tak tahu nak pergi mana lagipun dah jam 930malam.

Mee Kungfu = RM 8.00
Dahlah mee bersalut telur, atas mee tu ada telur lagi. Mewah dengan protein sungguh. Penuh pinggam dengan sayur. Rasa, oklah.

Mee Goreng : RM 5.00

Rojak Buah 

Ayam Goreng Kunyit 

Kopi O Ais (En. Suami order, entah bila suka minum air kopi ni) dan Milo Ais. Terbaiklah Milo Ais ni, penuh dengan rasa milo. Entah berapa sudu diletakkannye milo. Bagus, tak kedekut.

Total semua harga makanan : RM 23.50

Overall keenakan makanan biasa-biasa sahaja. Mungkin saya patut order makanan thai, seban restoran ini terkenal dengan makanan thai.

Servis sedikit lambat, mungkin sebab sebab malam minggu dan ramai orang. Memang penuh restoran ni.

Bagi 2.5/5 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil