Restoran RSMY, Jalan TAR

Kalau orang Kuala Lumpur mesti dah kenal restoran ini. Restoran ini terkenal dengan Beriani dan Nan Cheese "best in town".

Hahaha tapi inilah 1st time saya dengar dan tahu. Itu pun ada kawan office yang bercerita.

Restoran ini terletak berderet dengam Hotel Lotus dan Restoran Hanifa di Jalan TAR.

Jom tengok menu yang ditawarkan.




Harga tak termasuk GST ye.

Nan cheese : RM6

Tandoori : RM10.

Dah macam makan pizza. Inilah nan cheese yang famous tu.
Memang melimpah ruah cheese dia.

Nan Garlic : lupa harga berapa.

Ni ayam tandoori yang mereka perap.

Restoran memang full house. Siap ada orang menunggu di luar. Tunggu turn nak makan. Punyalah famous restoran ni. 

Maybe next time kena rasa nasi beriani pulak. Sebab tadi jeling kat orang sebelah, nasi beriani punyalah banyak. Macam boleh makan 2 orang. Overall nan cheese tu memang terbaik. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil