Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

NY Steak Shack @ MidValley

Hari Jumaat hari tu heret seorang geng makan saya teman saya lunch. Lagi 2 orang tak dapat join, ada hal. Maka kami mengedate dua orang sahaja. Mula-mula nak pergi Nu Sentral, tapi disebabkan kakitangan kerajaan dah dapat gaji maka batal sebab sah sah penuhnya. Tak larat nak bersesak nanti.
Maka heret kawan gi MidValley sebab dekat dan cepat sampai. Sampai terus blur nak makan apa. Hahaha.. ingat nak makan thai tapi kesian dek 2 orang tu tak dapat join maka cancel. Bagus tak kawan ni?
Sekali nampak outlet NY Steak Shake level LG sebelah kanan kalau turun daripada eskelator bahagian south court.
Nasib masa kami sampai tak ramai orang. Lega, tarik nafas.
Meh tengok view dulu.




Antara menu yang ada. Harga dah termasuk GST. 

Hidangan steak adalah mengikut jenis daging dan berat iaitu 150gram / 200gram. Cara masakan boleh pilih rare, medium rare, well done dan lain-lain. Ikut tekak mana leh telah.

Naked Burger Rm27.90 Cara Masakan : Medium rare
Mix Grill RM27.90 Cara Masakan : Well done
Sa…

Selera Laman Putra, Putrajaya

Dah lama kami sekeluarga tak pergi ke area Masjid Putra, Putrajaya. Jumaat malam sempatlah menjengah ke sana. Cadangnya nak cari restoran nak makan malam, sekali Encik Suami pusing stereng ke arah area tu.Sebelah Jabatan Perdana Menteri (belah kanan), ternampak kedai-kedai kecil dengan meja-meja makan. Happening sangat. Terus Encik Suami suggest nak makan situ. Saya pun ok sahaja since kawasan luas, budak-budak pun boleh berlari gembira macam dunia mereka yang punya.
Ambil port depan kolam sebab budak-budak tu dah excited. Guess whats? Anak kecik tu 2kali jatuh kolam. Achievement unlocked. Hahaha.. habis lenjun baju. Dahlah tak bawa baju spare. Bukan serik mereka tu. Still gak berlari ke sana ke mari.

Antara kedai makanan yang ada ialah : Mee/mihun/kuewteow/nasi goreng (segala gorengan lah) Western food Roti John / Burger Bakar Satay Minuman Popiah /Kuih Muih Tauhu Bakar Nasi Lemak Sup Dan lain-lain 

Masa datang tu penuh meja, terpaksa tunggu sebentar. Ramai gak couple berdating. Gambar makanan ta…

Jangan Bandingkan Kehidupan

Nota : Kekadang kita cuba bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Ia akan bermula dengan ayat "bestnya kalau aku ....", "bestnya jadi dia...." "macammana dia dapat .....". Kalau kita positif mungkin kita boleh capai cita-cita kita macam yang kita impikan itu tapi kalau negatif mungkin menjurus ke arah "asal papa biar bergaya". Kekadang kita mungkin lupa mensyukuri apa yang telah Maha Pencipta berikan. Mungkin kita lupa pada Dia. Ini adalah coretan atas apa yang terjadi pada hari ini. Ingati diri sendiri. Syukur selalu. Mungkin perancangan Dia lebih baik. Mungkin kurang kita, tapi sebenarnya lebih pada orang lain. Mungkin kita tengok lebih pada orang lain tapi sebenarnya kurang pada orang itu.
Mungkin cerita di bawah ini akan menerangkan lebih maksudnya :









Yup, betul tu. Paling penting jalani hidup tanpa rasa dengki. Kalau nak jadi lebih baik, maka usaha lebih. Tak salah dengki but biarlah ke arah yang lebih elok. Positifkan diri …

Cerita Hujung Minggu

Weekend minggu ni duduk melepak je kat rumah. Jerebu pun menyerang semula. Putih je kat luar dan panas. Anak mula dah merah-merah muka. 
Pagi tu punyalah malas, takde mood nak masak apa-apa so buka fridge nampak karipap dan donut frozen beli minggu lepas maka goreng je karipap frozen dan donut guna airfryer.
Perfect. Just setkan timer 4minit sambil-sambil tunggu siap masak, boleh sediakan minuman. Teh je pun. 
Tengah hari lagi lah malas. Memang malas tahap gaban. So terjadilah menu campak-campak.
Tomyam campak (al kisah bercerita dengan kawan cara memasak tomyam jumaat hari tu) dan telur dadar. Senang. Setengah jam je masak. Hari ni tetiba nak makan bersila. Hamparkan kain so kami makan ramai-ramai. Alhamdulillah licin. 
Pisang Goreng Cheese
Petang tu teringin nak makan pisang cheese. Encik Suami terus pecut ke Seksyen 9 Bangi. Kat situ ada jual pisang cheese rangup namanya. Macam -macam pilihan sampaikan strawberry pun ada. Saya pilih yang biasa cheese + gula perang = RM6. Sedap. Cheese bany…

Kisah Suatu Petang di Taman Permainan

Semalam kan cuti kan. Sempena Maal Hijrah. Encik Suami tak balik sebab on duty maka ibunya lah yang bawa budak-budak berjalan. Mula-mula celebrate birthday adik kat Bangi Getaway. Lepak-lepak kat situ dan setelah di'pau' oleh budak berdua tu, drive balik rumah.
Petang bawa mereka pergi taman permainan area Putrajaya. Sebab dah janji dengan mereka berdua, maka ibu pun tunaikan. Kalau dah janji dengan  budak-budak, mereka akan ingat selagi tak tunaikan. Nasib tak hujan petang tu. Selalunya taman permainan area Putrajaya ni tak berapa penuh dengam budak-budak maka selesalah budak berdua tu main.
Bila sampai kat taman permainan, ada 3 orang budak tengah bermain. Bukan ditemani oleh ibubapa tapi bibik mereka. Bibik siap layan dan peluk cium anak majikan mereka. Terserlah sayang mereka terhadap anak kecil itu. 
Mana ibubapa mereka? Kan hari ni hari cuti.


(Note to myself : kanak-kanak bila dewasa nanti dia akan lupa apa barangan mewah yang kita berikan tapi mereka akan ingat masa/aktivit…

Bila Penginapan Ditaja : DoubleTree Hilton

Weekend tempoh hari, sempena birthday both anak, kami menginap di Hotel DoubleTree Hilton yang terletak di bangunan Intermark di Jalan Ampang. Nasib ada orang taja so pejam mata je masuk dalam ini. Rezeki tak boleh ditolak.
Lobby. Level 10. Inilah 1st time saya rasa paling bagus servis dia. Layanan mesra sungguh. Adakah disebabkan namanya gah so servis tiptop. 
Lobby. Memang best. Masa check in ramailah pilot mat saleh dan steward mat saleh dari Lufthansa. Ooh ye pekerja hotel ni pun ramai daripada mat saleh ye. So mostly kena speaking. But dont worry ada je yang boleh berbahasa Melayu. 
Selalu ada welcoming drink, ni receptionist siap bagi signature cookies. Panas lagi ok.
Besar dan sedap. Penuh dengan chip coklat dan kacang walnut. Anak siap time checkout pun tanpa segan silu minta lagi. 
Jeng jeng siap bagi colouring book dan crayon lagi untuk budak-budak.  Memang high class sungguh layanannye. 1st time bebudak tu excited terlebih.
Another side lobby. Memang banyak sofa diperuntukkan untu…