Bila Penginapan Ditaja : DoubleTree Hilton


Weekend tempoh hari, sempena birthday both anak, kami menginap di Hotel DoubleTree Hilton yang terletak di bangunan Intermark di Jalan Ampang. Nasib ada orang taja so pejam mata je masuk dalam ini. Rezeki tak boleh ditolak.

Lobby. Level 10. Inilah 1st time saya rasa paling bagus servis dia. Layanan mesra sungguh. Adakah disebabkan namanya gah so servis tiptop. 

Lobby. Memang best. Masa check in ramailah pilot mat saleh dan steward mat saleh dari Lufthansa. Ooh ye pekerja hotel ni pun ramai daripada mat saleh ye. So mostly kena speaking. But dont worry ada je yang boleh berbahasa Melayu. 

Selalu ada welcoming drink, ni receptionist siap bagi signature cookies. Panas lagi ok.

Besar dan sedap. Penuh dengan chip coklat dan kacang walnut. Anak siap time checkout pun tanpa segan silu minta lagi. 

Jeng jeng siap bagi colouring book dan crayon lagi untuk budak-budak. 
Memang high class sungguh layanannye. 1st time bebudak tu excited terlebih.

Another side lobby. Memang banyak sofa diperuntukkan untuk ruang menunggu.

Bilik king size bed untuk my family.


View daripada level 17.

Toilet checked. Lulus piawaian.



Sabun muka ni memang best. Entah kenapa sesuai pula dengan muka.

Toilet see through. So boleh pantau anak -anak main shower sambil tengok tv. But dont worry kalau kita nak mandi, ada suis untuk tutup. Ada bidai.

Rain shower. Rasa nak buat satu kat rumah. Best. Silalah berangan !!


Ada alarm clock dan radio. Nanti ada panggilan phone daripada customet service tanya kita sama ada kita nak gunakan perkhidmatan wake upcall. 

Alamak, gambar gegar. Macam biasa pelbagai jenis tea dan nescafe.

Pool.
Ada gym juga tapi tak sempat nak ambil gambar.

Lounge. Malam ada live band.

So time for breakfast. Ruang  makan dia dinamakan "Makan Kitchen"
1st time masuk tiba-tiba tak tahu nak makan apa. Banyak sangat ok. Rambang mata.
Setiap seksyen dinamakan, ada melayu seksyen, india, chinese, dan western. Dessert, buah-buahan dan pastry. So bayangkanlah betapa banyaknya makanan. Pilih je nak makan apa. 

Rasa? Memang sedap. Saya rasa makanan daripada setiap seksyen.
Memang terbaik chef hotel ni. Paling sedap setakat. Mama saya siap bertambah-tambah makan, alhamdulillah.




Makanan yang sempat diambil.



Mee tomyam. Pagi-pagi dah makan tomyam.

Jom masuk bilik semula.


Boleh pilih nak bantal jenis apa.

Ada perkhidmatan untuk baby.

Harga mahal sikitlah.


1st time hotel ada semua sport channel.

Memang berpuas hati terutama dalam layanan high class daripada customer service. Before kami check out, siap customer service call sama ada kami perlukan helper untuk kemas barang. Fuhh mana nak dapat.

Pihak penaja silalah belanja kami lagi menginap di hotel ini.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil