Skip to main content

Cerita Hujung Minggu

Weekend minggu ni duduk melepak je kat rumah. Jerebu pun menyerang semula. Putih je kat luar dan panas. Anak mula dah merah-merah muka. 

Pagi tu punyalah malas, takde mood nak masak apa-apa so buka fridge nampak karipap dan donut frozen beli minggu lepas maka goreng je karipap frozen dan donut guna airfryer.

Perfect.
Just setkan timer 4minit sambil-sambil tunggu siap masak, boleh sediakan minuman. Teh je pun. 

Tengah hari lagi lah malas. Memang malas tahap gaban. So terjadilah menu campak-campak.

Tomyam campak (al kisah bercerita dengan kawan cara memasak tomyam jumaat hari tu) dan telur dadar. Senang. Setengah jam je masak.
Hari ni tetiba nak makan bersila.
Hamparkan kain so kami makan ramai-ramai.
Alhamdulillah licin. 


Petang tu teringin nak makan pisang cheese. Encik Suami terus pecut ke Seksyen 9 Bangi. Kat situ ada jual pisang cheese rangup namanya.
Macam -macam pilihan sampaikan strawberry pun ada. Saya pilih yang biasa cheese + gula perang = RM6. Sedap. Cheese banyak, tak kedekut langsung. Hilang kempunan ibu hahaha. Maka habis licin dalam kereta juga. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik pada link bawah gambar tu ye.

Petang tu budak-budak berzikir nak pergi taman permainan so tak sampai hati maka bagilah mereka beriadah 30minit bermain. 

Tapi tak tahan wei, panas rentung rasanya. Budak-budak je rileks, ibu budak dah macam kena panggang.



Dek kerana panas maka kami terus cari air kelapa penghilang haus. Nikmatnya. Itu aje aktiviti minggu ni. 

Bosan bosan !!!

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…