Kasih Dari Syurga

Kalau pergi kedai atau mana-mana restoran, anak nombor 2 (maknanya bukan anak bongsu, maka maybe akan bertambah huhu) mesti akan jadi tumpuan. Selalu kena cubit pipi, salam perkenalan, bagi baramg percuma/makanan (yup budak ni memang murah rezeki). Biasalah dewasa mesti suka budak-budak.

Agaknya abang dia asyik memerhati, maka terjadilah one of conversation.

Abang : Ibu, kenapa semua orang suka kat adik. Asyik suh adik salam aje. Ni bahaya. (Saat dia cakap bahaya, saya nak gelak pun ada. Pandai sungguh cari ayat sesuai)

Ibu : Kenapa bahaya?

Abang : Ala abang tahu, sebab adik baby lagi. Tu yang semua suka kat adik (sungguh tak menjawab soalan).

Ibu : kalau macam tu abang kenalah jaga adik. Tadi abang cakap bahaya kan?

Abang hanya memandang ke arah adik dia sambil tersenyum

Abang : abang sayang adik, sebab adik comel (eh eh eh puji adik sendiri)

Dah besar dah anak ibu. Dah pandai berdikari. Sensitif. Cakap ayat power dan dah mula pandai argue dengan ibu. Kira bestla berlawan cakap dengan dia walaupun kekadang ibu hilang sabar muahaha. Penasihat terbaik ibu. Selalu puji ibu masak sedap sebab nak ambil hati ibu, takut ibu sedih. Apa-apa pun you are the best. Ibu sayang abang sepenuh hati. Happy birthday abang yang ke 6. Hadiah claims dengan ayah okay!!! Ibu tahu abang boleh baca tulisan ibu ni. 


Ibu bagi abang kek favourite. Anything for you dear. Next year, ibu fulltime kat rumah, so banyak masa abang dengan ibu. Doakan kita satu keluarga happy selalu dan dimurahkan rezeki. Okay anak soleh ibu. Love you always.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil