Kisah Suatu Petang di Taman Permainan


Semalam kan cuti kan. Sempena Maal Hijrah. Encik Suami tak balik sebab on duty maka ibunya lah yang bawa budak-budak berjalan. Mula-mula celebrate birthday adik kat Bangi Getaway. Lepak-lepak kat situ dan setelah di'pau' oleh budak berdua tu, drive balik rumah.

Petang bawa mereka pergi taman permainan area Putrajaya. Sebab dah janji dengan mereka berdua, maka ibu pun tunaikan. Kalau dah janji dengan  budak-budak, mereka akan ingat selagi tak tunaikan. Nasib tak hujan petang tu. Selalunya taman permainan area Putrajaya ni tak berapa penuh dengam budak-budak maka selesalah budak berdua tu main.

Bila sampai kat taman permainan, ada 3 orang budak tengah bermain. Bukan ditemani oleh ibubapa tapi bibik mereka. Bibik siap layan dan peluk cium anak majikan mereka. Terserlah sayang mereka terhadap anak kecil itu. 

Mana ibubapa mereka? Kan hari ni hari cuti.



(Note to myself : kanak-kanak bila dewasa nanti dia akan lupa apa barangan mewah yang kita berikan tapi mereka akan ingat masa/aktiviti apa yang kita luangkan untuk mereka)

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil