NY Steak Shack @ MidValley


Hari Jumaat hari tu heret seorang geng makan saya teman saya lunch. Lagi 2 orang tak dapat join, ada hal. Maka kami mengedate dua orang sahaja. Mula-mula nak pergi Nu Sentral, tapi disebabkan kakitangan kerajaan dah dapat gaji maka batal sebab sah sah penuhnya. Tak larat nak bersesak nanti.

Maka heret kawan gi MidValley sebab dekat dan cepat sampai. Sampai terus blur nak makan apa. Hahaha.. ingat nak makan thai tapi kesian dek 2 orang tu tak dapat join maka cancel. Bagus tak kawan ni?

Sekali nampak outlet NY Steak Shake level LG sebelah kanan kalau turun daripada eskelator bahagian south court.

Nasib masa kami sampai tak ramai orang. Lega, tarik nafas.

Meh tengok view dulu.





Antara menu yang ada. Harga dah termasuk GST. 


Hidangan steak adalah mengikut jenis daging dan berat iaitu 150gram / 200gram. Cara masakan boleh pilih rare, medium rare, well done dan lain-lain. Ikut tekak mana leh telah.


Naked Burger Rm27.90
Cara Masakan : Medium rare

Mix Grill RM27.90
Cara Masakan : Well done

Sauce :
Demiglace
Blackpeppercorn
Caramilizedonions
Button mushrroom.

Side dishes :
Fresh Fries
Mashed Potatoes
Mixed Vegetables
Coleslaw
Corn on the cob
Pumpkin rice
(Boleh pilih 2 side dishes)

Bananashake chocolate.
RM10.90

Bananashake Apple Crumble
RM10.90

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil