Rambo Station, Bangi


(Lately blog ni dah macam blog jalan-jalan cari makan pula. Penuh dengan tempat makan yang menarik. Redha jelah)

Weekend biasalah merayau cari makan sebab weekend adalah hari saya paling malas nak masak. Setelah 5hari memasak, so idea dah buntu.

Kali ni kami menjengah Restoran Rambo Station di Seksyen 8, Bangi
Restoran ni terkenal dengan air jagung/bandung/tehtarik yang buih buih banyak. Ingatkan kat Kelantan je ada air yang buih-buih ni. 
So sebab terpikat dengan gambar dia, maka kami pun terjah.


Dalam kedai ni lengang je, padahal kat luar penuh dengan orang sebab dia buka  meja kat luar. Happening la tengok kereta lalu lalang.

Mari kita tengok menu yang ada

Apa yang kami order : 

Teh Ais Bapa Rambo

Air Bandung Bapa Rambo

Nasi Lemak + Kangkung biasa
Rasa : bolehlah nak layan.

Burger Bakar. Bila tanya Encik Suami berapa harga, rasa macam nak tercekik je.
RM9.90. 
Burger Bakar Daging + Turkey Slice
Rasa : biasa-biasa sahaja.

Kat luar (berhadapampn dengan Restoran Rambo Station) ni banyak warung buka. Ada char keow teow, burger bakar dan lain-lain. 
Restoran ni memang penuh. Sebab selalu lalu kat tepi jalanraya tu, memang nampak happening.

Secara keseluruhannya, saya bagi bintang 2/5

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil