Posts

Showing posts from 2016

Uncle Ron's Cafe, Strand Damansara

Image
Rasanya tak perlu lah nak perkenalkan restoran yang famous amos ini. Dah terkenal pun, kalau tak takkanlah crew jjcm, tv9 terjah restoran ini. 
Restoran Uncle Ron's Cafe The Strands Damansara Sila taip je kat IG atau FB dah ada page pun. Kat situ ada alamatnya.  Buka jam 12 tengah hari hinggalah ke tengah malam. 
Tok tok Assalammualaikum... Pakcik Ron ada?? 
Jangan risau, ada je waiter yang datang kat meja untuk ambil order. Hari tu kami datang, kami adalah pelanggan yang pertama. Buka pintu je, terus terjah.
Nampak tak? Payung jjcm pun ada kat sini.
Kalau sesiapa nak jamming kat sini, silalah. Kalau agak-agak tak dapat nak sertai AF, bolehlah cuba nasib kat sini.
Kalau untuk makan tengah hari, mereka ada sediakan set. Maka senanglah buat pilihan. Set ini bersekali dengan pilihan minuman.
Nasi goreng + Chicken chop
Nasi goreng + Chicken wings. Sos tu win sangat. Nampak macam sikit kan? Padahal boleh je share untuk 2 orang. Kenyang wehh. Murah rezeki uncle ron sebab bagi portion besar-besar kat …

Makan ShellOut di Kota Kinabalu

Image
Tak habis lagi updates bercuti hari tu. Punyalah malas nak menaip. So kali ni nak updates masa bercuti di Kota Kinabalu. Tak adalah bercuti sangat, sebab Encik Suami ada meeting di sana. So kami follow terus, dah alang-alang berada di sana. 
Kami duduk di Hotel TH sebab berdekatan dengan tempat meeting Encik Suami. Tak sempat kami nak ambil gambar keadaan di hotel sebab budak 2 orang tu dah serbu macam tak pernah jumpa katil. Hahaha .. tapi memang selesa dan keadaan kemas serta cantik. Sesuai. Kalau sesiapa menginap di Hotel TH (Hotel Tabung Haji), jangan lupa order room services makan Nasi Beriyani. Sedap dan portion memang besar.
Malas sebelumnya kami sekeluarga (sebelum family besar saya pulang ke Kuala Lumpur) ber-Shell-Out di Medan Selera depan Hotel Promenade. 
Harga memang agak mahal. Rasa macam tak berbaloi la pulak. Terbahagi kepada 4 set sehingga mencecah RM200++.


Rasa oklah. Dihidangkan dengan 2 sos. Makan malam tu ber-galore seafood la kami. Maybe next time kami akan terjah Re…

Tempat Menarik di Kundasang & Ranau

Image
Kundasang banyak tempat boleh di lawati. Disebabkan blog dah pernah cerita, maka kali ni saya takde nak tulis sangat. Hanya point yang penting sahaja. Boleh baca di sini : KundasangEp 1Antara tempat yang boleh dilawati :                   1. Desa Cattle Dairy Farm* tempat ini wajib pergi, view cantik. Kalau tak pergi maknanya tak lengkaplah percutian anda.
Aiskrim famous. Sedap. Rasa yougurt.
2. War Memorial, Kundasang (tak pergi, tapi tengok gambar orang lain, cantik banyak bunga)
3. Fish Spa, Sg Moroli Kampung Luanti (Ranau)
Tiket masuk RM2.50. Diberi masa selama 15minit untuk bermain dengan ikan. Dia akan panggil group by group berdasarkan nombor tiket.
4. Pekan Kundasang Macam-macam sayur dan buah buahan. 3 pek : RM10 (sayur). Strawberry RM10/ RM25 pun ada. Maka tiadalah murah sangat
Bagi penggemar pokok bunga, bolehlah borong ye.
5. Pekan Nabalu (jual barangan kraftangan dan sayuran)
6. Hot Spring, Poring (tak sempat nak pergi)
7. Sabah Tea. *terletak berdekatan dengan Fish Spa Biasa-biasa je. …

Trip Ke Kundasang : Lunch di Salt & Pepper, Kota Kinabalu

Image
Keluarga saya bercadang untuk bercuti pendek 3hari 2malam di Kota Kinabalu dan Kundasang. Maka masa berbincang dan semua setuju, maka terus sahaja jari laju menempah tiket kapal terbang.
Maka hari yang ditunggu sampai, maka saya tunggu mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Adik - beradik saya dan ayah mama sampai lebih kurang 12 tengah hari, maka perut pun berkeroncong. Setelah urusan kereta sewa mereka selesai, maka terus sahaja memandu ke Metrotown sebab di sana banyak restoran. 
Punyalah sesak masa itu. Tempat letak kereta memang penuh, maklumlah hari Jumaat. 
Maka kami pilih Restoran Salt Pepper. Kenapa pilih restoran ini? Sebab saya baca sebuah blog traveller yang saya suka, mengatakan makanan di sini sedap.

Harga makanan sama macam harga di Labuan.  Setelah urusan memilih menu selesai, maka seperti biasa sembang menyembang. Kecoh sekejap lah restoran itu.
Maka mula-mula minuman sampai, tapi salah dan ada yang langsung tak dihantar sampai habis makan. Sedih. Padahal me…

Resipi Kuih Bingka Roti

Image
Sebelum nak update trip minggu lepas, marilah kita up satu lagi resipi minum petang yang mudah.
Disebabkan roti dah nak tamat tarikh luput, maka terhasillah bingka roti. Yelah asyik asyik buat puding roti je, apa kata kali ni buat bingka roti pulak. Resipi mestilah yang senang-senang sahaja. Hahaha .. (dasar nak senang je)
Bahan -bahan :
6 keping roti 200 ml santan (1 kotak santan)+ ½ cawan air ½ cawan gula halus  2 biji telur dan pukul sedikit sedikit garam 1 cawan tepung gandum sedikit esen vanilla 1 cawan susu cair @ susu segar
Cara -cara membuatnya :
*pre heat oven terlebih dahulu. 
1. Carikan roti dan rendam dalam santan seketika sehingga kembang.
2. Masukkan tepung gandum, telur, susu cair ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati. Tuangkan ke dalam mangkuk berisi roti + santan tadi.
3. Masukkan esen vanilla + gula. Gaul hingga sebati. 
4. Sapukan mentega di sekeliling acuan supaya tidak melekat nanti.
5. Bakar 180°c selama 1 jam. 15 minit terakhir, tukar pada api atas, supaya akan timbul kerak pada l…

Resipi Cucur Kentang

Image
Di sini sekarang musim hujan. Awal pagi hujan sampai ke tengah hari. Sepanjang hari mendung. Alhamdulillah, rahmat Allah. Tapi mood malas tu makin menjadi jadi nampaknya. 
Maka petang buatlah cucur kentang yang teramatlah mudah dan super senang. Janji budak-budak suka, Encik Suami pun laju je makan.

Bahan-bahannya :
3 biji kentang  4 sudu makan tepung jagung 3 sudu makan tepung gandum daun bawang sedikit garam 1 biji telur.
Cara membuatnya :
Sagat halus kentang. Lepas disagat, masukkan ke semua bahan di atas. Pastikan telur sudah dipukul dahulu, baru masukkan.
Kacau sehingga sebati. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali. Bila masukkan ke dalam kuali, pastikan jangan tebal. Buat nipis -nipis, supaya lebih rangup. 
Budak-budak kan suka benda rangup-rangup ni. Kalau tebal-tebal, tidak berapa sedap nanti.
Siap dihidangkan. Cicah dengan sos cili campur mayonis, memang laju je habis.
 Terliur jap. 

Resipi Puding Karamel Yang Sangat Mudah

Image
Petang semalam rasa macam nak makan puding karamel, maka me-rajinkan diri untuk ke dapur walaupun terasa malas la sesangat. Terfikir Encik Suami balik kerja dan anak-anak nak minum petang maka gigihkanlah juga.
Puding karamel versi saya memang simple dan mudah. Kalau susah, jangan haraplah saya nak buat hahaha (sudah nampak kemalasan di situ). 
Bahan-bahan :
3 sudu besar gula 4 biji telur saiz gred B 1 tin susu cair 1/4 susu pekat (kalau suka manis, boleh tambah) 5 keping roti 1 tin air suam (ikut sukatan tin susu tadi) 2 sudu besar serbuk koko 
Cara membuat :
1. Panaskan gula ke dalam periuk hingga warna keperangan. Tambahkan sedikit air (hati-hati ketika menuangnya kerana ia akan meruap), kacau semula hingga gula menjadi perang.
2. Setelah gula masak, letakkan ke dalam loyang, ratakan dan buat seperti satu lapisan. Kemudian sejukkan.
3. Carikkan roti menjadi kepingan kecil, masukkan bersama susu cair, susu pekat, air suam, telur yang sudah dipukul. Kemudian masukkan bahan - bahan ini ke dalam bl…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Image
Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…

Batik Canting Tangan

Image
Korang penggemar batik canting tak? Ala kat wardrobe korang mesti ada satu kan? Bak kata orang perempuan, jika tak ada maknanya tak cukup lagi koleksi pakaian tu kat almari. Meh hari ni nak promote satu FB yang menjual batik canting tangan yang amatlahhh tersuka dan ter-gojes nya corak. Exclusive bak hang. Kenapa exclusive? Meh nak cakap, exclusive sebab design dia 1 corak hanya terdapat pada 1 kain. No copy tau. So maknanya jika beli, anda jelah yang ada corak tu. Nampak tak betapa exclusive-nya.Warna memang cun melecun, tak payah risau. Silalah scroll gambar dibawah, mesti terpikat melekat dalam hatinya. Harga? Tak perlu risau lah memang terendah dan termurah di pasaran. Harga mampu milik punya. Tak cukup glam, boleh tambah batu dengan harga tambahan RM10 sahaja. Cakap sahaja nama blog ni, pasti tokey kasi murahnya. Sementara tu jangan lupa, jangan tak klik kat link bawah ni untuk melihat koleksi terbaik batik canting tau. Psst pstt dengar cerita dia bukan jual batik sahaja, malah a…