Posts

Showing posts from February, 2016

Last Day : Jalan-jalan cari makan di Bangi

Image
Hari ni last day berada di bumi Bangi. Encik Suami siap berdate dengan kawan lagi sebelum berpindah. 
Maka jadinya saya ajak makanan yang saya nak makan sebelum fly.
Asalnya nak makan kat Restoran Wong Solo, sekali tu ramai betul orang beratur walaupun jam dah nak masuk pukul 4ptg. 
Maka Encik Suami pun drive cari restoran lain. Restoran Kelisa menjadi pilihan hati sebab hajatnya nak makan sate dia yang famous tu tapi tak siap lagi. Uwaaa 2 kali kecewa nampaknya. Nasib baik ada makanan lain menjadi pengubat hati.
Mee goreng sotong. Pedas. 

Inilah makanan pengubat hati. Pisang cheese Jakarta.
Memang terbaik. Recommended. Pisang dia melted kat dalam tu. Tepung yang menyalut pisang tu sungguh rangup. Sampai sekarang nak je suruh adik ipar belikan dan pos ke sini. Tapi apakan daya. 
Selain tu ada je makanan lain dijual. Tapi pisang tu mesti order tau. Confirm tak menyesal punya. Orang Bangi mesti dah tahu pasal pisang cheese jakarta ni.

The Grato Bandar Seri Putra

Image
Hari tu entah kenapa tekak nak makan western. Mengandung kali ni memang asyik ke arah western jek. Nasi takboleh masuk sangat. Ajak suami nak makan western. Tapi time tu malas nak keluar jauh-jauh,nak pergi area rumah jek.Mengada tak? Penat Encik Suami nak melayan. 
Fuhh nasib baik Restoran The Grato dah buka kat Bandar Seri Putra. 
Mehla kita terjah.
Lamb Chop
Salmon with pasta
BBQ Short Ribs
Don Pizza
Hilang kempunan baby. Pizza memang terbaik. Nipis dan crunchy. 
Harga pun tak berapa mahal. Kiranya harga mampu miliklah. Kalau ada makwe yang nak suruh pakwe belanja makan western, kirenya bolehlah datang sini. Makan sedap,harga pun murah.

Makan makan di Kemaman /Kertih/Paka

Image
Sebelum menunggalkan bumi Kemaman (entah bila nak datang sini lagi), Encik Suami bawa kami tempat makanan yang dia rasakan paling best pernah dia makan.
So malam tu, Encik Suami bawa kami ke Restoran Laguna Ikan Bakar, Kemaman. Encik Suami cakap signature dish dia ketam/udang telur masin.
Restoran ni baru berpindah lokasi. Maybe disebabkan ramI pelanggan, pemilik buat satu restoran besar terus. Lebih selesa.
Ada pondok untuk suasana lebih menarik ketika makan. 
Kita sibuk pilih ketam, anak bujang ni pun sibuk memilih. 
kami memilih untuk makan di pondok disebabkan anak nombor 2 tidur. So baringkan dia je kat pangkin. Senang hati ibu nak makan hehehe.
Benda wajib yang kena ada. Saya akan pastikan anak saya makan. WAJIB.
Inilah dia. Signature dish. Ketam Telur Masin.  Memang sedap. Telan air liur time menaip ni. Waaahh mengidam. Tak perlu makan nasi pun tak apa. Ratah jek.
Pantai Paka. Makan tengah hari seterusnya, Encik Suami bawa ke Pantai Paka. Ikan bakar paling sedap. Encik Suami cakap kalah…

Kisah PencilBox Pelangi

Image
Semalam kemas baramg-barang rumah.Nanti senang nak masuk kontena. So segala barang dalam almari dibawa keluar. Sekali terjumpa benda ni ...
Pencilbox pelangi saya. Hanya bff@roomate je yang memahami betapa saya sayang benda ni. Ke hulu ke hilir dengan benda ni dalam kelas. Betul tak Dina?  "Wardina, kau ingat lagi tak?"
Disebabkan saya dulu time belajar memang terkenal dengan nota belajar yang kemas dan berwarna - warni, maka boyfriend saya (sekarang dah jadi Encik Suami) menghadiahkan.Kekonon nak suh saya lagi rajin belajar macam dia. Tapi almaklum budak jenis pemalas memang macam ni. Bagilah jam tangan ke, handbag ke barulah lagi semangat(ni kalau dia baca sah sah dia gelak) Selalunya time minggu nak exam nak buat peta minda je baru buka alat ni.

Sampai sekarang simpan dan still boleh guna lagi. Berbelas tahun dah. Kalau bagi kat anak sah sah sekejap je hilang. Maka disimpan lagi. Memang sayang sangat benda ni. Padahal takdelah apa sangat cuma terharu sebab si dia bersungguh-…

Bila Dah Lama Tak Berupdate

Image
Officially dah sebulan lebih meninggalkan alam pekerjaan. Jadi fulltime housewife. Menyesal? TAK ! Mungkin mula-mula jadi blur jap. Fikir nak buat apa. Sampaikan body alarm clock sampai sekarang terjaga pukul 5pagi.  Tapi duduk rumah memang lagi penat daripada bekerja. Takpelah, janji dapat tengok anak depan mata. Dapat suap anak makan. Nikmat yang disyukuri. Terima kasih Allah.
Alhamdulillah Allah tambahkan rezeki, officially sudah 20 minggu preggy.
Acctually keputusan berhenti kerja kami fikir selama setahun. Sebab tujuan utama nak bersama dengan anak lebih lama. Nak pantau perkembangan anak. Lagipun yang sulung dah masuk sekolah. Dan kebetulan saya mengalami alahan yang teruk. Allah sahaja je tahu betapa tak laratnye time tu. Check punye check up kat klinik rupanya Hb rendah, so kena tambah ubatlah jawabnya.
Dan pada itu Encik Suami dapat peluang tukar tempat kerja, maka kami terpaksalah berpindah. Jauh ..... Flight almost 3 jam. Ke hulu ke hilirlah urusan persekolahan anak. Rupanya s…