Kisah PencilBox Pelangi

Semalam kemas baramg-barang rumah.Nanti senang nak masuk kontena. So segala barang dalam almari dibawa keluar. Sekali terjumpa benda ni ...


Pencilbox pelangi saya. Hanya bff@roomate je yang memahami betapa saya sayang benda ni. Ke hulu ke hilir dengan benda ni dalam kelas. Betul tak Dina?  "Wardina, kau ingat lagi tak?"

Disebabkan saya dulu time belajar memang terkenal dengan nota belajar yang kemas dan berwarna - warni, maka boyfriend saya (sekarang dah jadi Encik Suami) menghadiahkan.Kekonon nak suh saya lagi rajin belajar macam dia. Tapi almaklum budak jenis pemalas memang macam ni. Bagilah jam tangan ke, handbag ke barulah lagi semangat(ni kalau dia baca sah sah dia gelak) Selalunya time minggu nak exam nak buat peta minda je baru buka alat ni.


Sampai sekarang simpan dan still boleh guna lagi. Berbelas tahun dah. Kalau bagi kat anak sah sah sekejap je hilang. Maka disimpan lagi. Memang sayang sangat benda ni. Padahal takdelah apa sangat cuma terharu sebab si dia bersungguh-sungguh suh saya belajar.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil