Makan makan di Kemaman /Kertih/Paka

Sebelum menunggalkan bumi Kemaman (entah bila nak datang sini lagi), Encik Suami bawa kami tempat makanan yang dia rasakan paling best pernah dia makan.

So malam tu, Encik Suami bawa kami ke Restoran Laguna Ikan Bakar, Kemaman. Encik Suami cakap signature dish dia ketam/udang telur masin.

Restoran ni baru berpindah lokasi. Maybe disebabkan ramI pelanggan, pemilik buat satu restoran besar terus. Lebih selesa.

Ada pondok untuk suasana lebih menarik ketika makan. 

Kita sibuk pilih ketam, anak bujang ni pun sibuk memilih. 

kami memilih untuk makan di pondok disebabkan anak nombor 2 tidur. So baringkan dia je kat pangkin. Senang hati ibu nak makan hehehe.

Benda wajib yang kena ada. Saya akan pastikan anak saya makan. WAJIB.

Inilah dia. Signature dish. Ketam Telur Masin.  Memang sedap. Telan air liur time menaip ni. Waaahh mengidam. Tak perlu makan nasi pun tak apa. Ratah jek.

Pantai Paka.
 
Makan tengah hari seterusnya, Encik Suami bawa ke Pantai Paka. Ikan bakar paling sedap. Encik Suami cakap kalah Restoran Ana Ikan Bakar Petai. 


 
Encik Suami order Ikan Barat / Ikan Ayam. Ok.. sambal dia memang sedap, lain daripada yg lain. Duk belek-belek sambal dia, ada biji asam jawa.. Encik Suami cakap kalau lunch time memang sesak. Warung tepi pantai je. Tapi makanan rasanya mengalahkan restoran mahal.  Harga ikan ni RM40. But seriusly memang tak cukup untuk kami hahaha

Sup tulang pun umpphhh.. memang kenalah dengan ikan bakar tu. Sesiapa yang nak pergi tu kena datang awal sebab nanti banyak pelanggan "Teletubbies" datang menyerang time lunch break. (you know who they are)
 
Sambil bertemankan deruan ombak dan angin pantai memang boleh bertambah tambah lagilah nasi tu tanpa sedar.

Until next post. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil