Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Anjung Ketam, Tanjung Aru Labuan

Kalau pergi Labuan tak sah kalau tak makan seafood kan? Banyak orang cakap seafood murah dan saya cakap memang betul pun. 
Minggu pertama sampai dah terjah restoran seafood. Nampak tak keterujaannye. Hahaha.. sebab kat bangi tidak ada restoran seafood yang benar-benar sedap.
Maka terus drive ke Anjung Ketam yang Tanjung Aru. Anjung Ketam ni ada 4 buah kedai sahaja. Disebabkan awal sangat sampai (nampak tak keterujaan sampai tak tunggu malam), mak hanya satu kedai yang buka iaitu gerai no 2.
Masuk sahaja telah disapa dengan replika ketam gergasi ni.
Sementara menunggu makanan dihidangkan jom kita layang pemandangan laut.
Masa ni ombak semakin besar, dengan angin kuat lagi.
Ini rupanya scallop. Hahaha baru tahu.



Makanan yang kami order :
Sotong goreng tepung.
Ketam telur masin.
Ketam ni harga di sini rata-rata 100gram = RM 4.00 (murahkan??)
Kesedapan : Soooooo Goooooood.

Anjung Ikan Bakar, Lubuk Temiang Labuan

Post sebelum ni, kita post pasal Anjung Ketam. So today pasal Ankung Ikan Bakar. Tapi jangan salah sangka lak, walaupun namanya Anjung Ikan Bakar but still ada udang, sotong dan ketam.
Encik Suami cakap Anjung Ikan Bakar ni kalau nak dibandingkan dengan Anjung Ketam, harganya murah sedikit. 
Konsep still sama macam Anjung Ketam, ada 4 gerau dan sekali lagi kami datang petang maka ada 2 gerai yang buka. Kami terjah gerai nombor 3.

Tengok harga tu, memang murah dan semestinya fresh.



Menu kami hari ini ialah :
Ketam Buttermilk. Antara menu yang terkenal di Labuan.
Ikan Merah Sambal Bakar. Ok, seriuosly memang sedap dan thorrrrbaik. 
Baby Kailan goreng nun di sudut hujung.
Sotong salted egg.
Kesedapan, level thorrrrbaik. Sedap. Memang rasa macam nak order lagi. Nak ratah je lauk takyah nasi.
Kalau sesiapa bercuti ke Labuan, jangan lupa singgah tau. Nanti menyesal .. 


Muzium Chimney, Labuan

Last week sebab tak tahu nak buat apa kat rumah, maka ronda-ronda Labuan. Maka terjadilah incident melawat tapak sejarah kat labuan. Iaitu Muzium Chimney. Masuk adalah percuma ye. Just tulis nama kat buku pelawat je. Muzium dia kecil je, 2 tingkat. 

Masuk dalam gua. Pendek je tak sampai 5minit habis dah. Muzium ni menceritakan sejarah awal pembangunan di situ. Industri pada ketika itu ialah arang batu. Biasalah kalau baca buku teks sejarah, sah sah kalau ada perindustrian rancak berlaku maka pesatlah kawasan tersebut. 


Dari kejauhan nampak dah chimney tu.Yang tambah menariknya dan menjadi misteri,sampai sekarang tidak tahu apa fungsi chimney tersebut. Macam-macam andaian. Ada menyatakan tanda terakhir landasan kereta api yang bawa arang batu. Ada gak yang cakap jadi mercu tanda di situ dan banyak lagi.
Di sini juga ada menerangkan cara-cara pemulihan tapak warisan ni. Tahniah. Bukan senang nak pulihara.


Tinggi kan?? 
Acctually kat sini ada dipamerkan artifak tinggalan seperto botol, pingga…

Ronda - ronda Pasar Tani, Labuan

Hari minggu yang lepas jalan-jalan di Pasar Tani berdekatan dengan Labuan Square @ Dataran Labuan. Nak meninjau apa yang ada. 
Agak ramai juga yang berkunjung di sini walaupun tak adalah besar sangat pasar tani ni. Meriah.
Siap ada orang menyanyi lagi. Sedap.
Lepas tu ibu mengandung haruslah terjah gerai jual kuih untuk mencari kuih yang lain daripada yang lain.
Kebanyakkan kuih di sini dijual dengan harga RM 1 untuk 3 biji. 
Kuih pilis.  Dalam dia pulut yang dikukus. Anak no 2 habis dia belasah sorang. Sedaplah tu kot.
Pulut panggang versi Labuan.  Takdelah rasa panggang macam yang dijual di Kuala Lumpur. Lebih kepada pulut yang dikukus dengan sambal ikan bilis.
Ok yang ni tak tahu nama apa. Sebab tak tulis kat bakul yang dijual oleh kakak tu. Orang tengah ramai,tak sempat tanya.
Dalam kuih ni macam ni. Manis. Macam kuih tepung beras rasanya. 
Tu je dapat dibeli sebab hari dah panas, ibu mengandung tak larat jalan.
Until next post.... xoxo

Minggu Pertama di Labuan

Sampai je kat Labuan Airport lebih kurang jam 5ptg maka bergegas cari surau nak solat Asar.  (kat sini waktu solat lebih kurang awal sejam dari semenanjung so jam 630 petang tu dah umpama pukul 730 malam di semenanjung). 

Settle kan urusan sewa kereta (kami sewa kereta viva auto sahaja. Sebulan dapatlah bayar RM 750. Kalau sewa hari-hari RM60). Luggage yang banyak tu nasib baik ada orang tolong bawakan ke rumah sewa. 
Kat sini sewa rumah agak mahal ala ala di Kuala Lumpur gak. Kalau di bandar of course lah lagi mahal. Encik Suami dah pilih dah rumah sewa, tepi pantai kira-kira 30 minit dari tempat kerja dia. Harga sewa RM 900 sebulan untuk rumah teres 1 tingkat. Kawan Encik Suami sewa rumah teres 2 tingkat di kawasan perumahan yang sama RM 1300/RM1200. Mungkin standard harga begitu. Redha jelah. Lepas urusan serah kunci dan letak barang, kami check in hotel sebab rumah tak kemas lagi. Sekitar Labuan banyak je hotel budget. So dont worry. Kami dapat hotel sekitar RM 95 semalam di tengah-…

Selamat Tinggal Bangi

Masa ni tak tahu nak gambarkan macam mana. Suka pun ada, sedih pun ada.Bila fikir balik .. alahai dalam Malaysia je pun bukan jauh. Hahaha Budak-budak excited dapat naik flight.
Dalam flight budak-budak terus terjah benda ni.Macam lah kat rumah tak cukup tengok movie lagi.
Budak-budak tunggu benda nie lah. Belum 10minit duduk kat dalam flight bising nak makan. Haishh.. 
Kenyang budak-budak makan. Ada roti, coklat, pizza, air kotak dan buku.
Until next post.. xoxo (saya still busy kemas rumah dan uruskan anak-anak sertanak hadam kehidupan baru)