Anjung Ketam, Tanjung Aru Labuan

Kalau pergi Labuan tak sah kalau tak makan seafood kan? Banyak orang cakap seafood murah dan saya cakap memang betul pun. 

Minggu pertama sampai dah terjah restoran seafood. Nampak tak keterujaannye. Hahaha.. sebab kat bangi tidak ada restoran seafood yang benar-benar sedap.

Maka terus drive ke Anjung Ketam yang Tanjung Aru. Anjung Ketam ni ada 4 buah kedai sahaja. Disebabkan awal sangat sampai (nampak tak keterujaan sampai tak tunggu malam), mak hanya satu kedai yang buka iaitu gerai no 2.

Masuk sahaja telah disapa dengan replika ketam gergasi ni.

Sementara menunggu makanan dihidangkan jom kita layang pemandangan laut.

Masa ni ombak semakin besar, dengan angin kuat lagi.

Ini rupanya scallop. Hahaha baru tahu.




Makanan yang kami order :

Sotong goreng tepung.

Ketam telur masin.

Ketam ni harga di sini rata-rata 100gram = RM 4.00 (murahkan??)

Kesedapan : Soooooo Goooooood.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil