Skip to main content

Minggu Pertama di Labuan

Sampai je kat Labuan Airport lebih kurang jam 5ptg maka bergegas cari surau nak solat Asar.  (kat sini waktu solat lebih kurang awal sejam dari semenanjung so jam 630 petang tu dah umpama pukul 730 malam di semenanjung). 

Settle kan urusan sewa kereta (kami sewa kereta viva auto sahaja. Sebulan dapatlah bayar RM 750. Kalau sewa hari-hari RM60). Luggage yang banyak tu nasib baik ada orang tolong bawakan ke rumah sewa. 

Kat sini sewa rumah agak mahal ala ala di Kuala Lumpur gak. Kalau di bandar of course lah lagi mahal. Encik Suami dah pilih dah rumah sewa, tepi pantai kira-kira 30 minit dari tempat kerja dia. Harga sewa RM 900 sebulan untuk rumah teres 1 tingkat. Kawan Encik Suami sewa rumah teres 2 tingkat di kawasan perumahan yang sama RM 1300/RM1200. Mungkin standard harga begitu. Redha jelah. Lepas urusan serah kunci dan letak barang, kami check in hotel sebab rumah tak kemas lagi. Sekitar Labuan banyak je hotel budget. So dont worry. Kami dapat hotel sekitar RM 95 semalam di tengah-tengah bandar. Oklah senang nak ke mana-mana sebab Encik Suami terus kena kerja sebab ada meeting. 

Bila berbual dengan receptionist dia beritahu harga bilik dah diturunkan disebabkan business tak berapa nak bagus. Dia cakap Labuan dah tak macam dulu. Disebabkan Labuan terkenal dengan bandar Oil & Gas dulu ramai yang datang disebabkan business, bila harga minyak turun maka kesannya begitu ketara. Dia cakap dulu jalan sesak, sekarang still sesak but tak macam dulu. 

Sekarang kami punya misi nak cari orang yang dapat kemas rumah dan potong rumput. Alhamdulillah jumpa. Kalau nak deals dengan dia bolehlah. Pasangan suami isteri yang buat kerja ni (016 840 5157). Harga boleh runding.

Lepas tu lapar hahaha. Maka misi cari restoran.Disebabkan dah penat maka kami makan di Sara Restoran, berdekatan dengan hotel kami (berderetan dengan Marrybrown Labuan)

Harga makan di sini agak pricey tapi oklah dengan kuantiti dia.Banyak kut. Kalau order nasi goreng tu boleh share 2 orang. 

Contoh Nasi Goreng Pataya RM 8,saya kongsi makan dengan anak saya. 

Namanya Nasi Goreng Kerisik RM8. Berbaloi kan? Banyak. 

Esoknya kami cari perabot. Di sini tak banyak choice. No fancy fancy perabot. Almost corak kayu. Adehh tak berapa gemar dengan jiwa muda ni hahaha. Harga memang mahal. Kedai perabot yang kami terjah Chan Furniture dan Maju Jaya Labuan. Harga boleh negotiable.

Kami beli katil size king + mattress (display unit ) RM1200. Oklah. Takleh nak complaint lebih sebab harga dia dah macam tu. Wardrobe 3 pintu dalam RM 350 and above. Lupa dah. 

Lepas cari dapur masak, hunting tong gas pulak. Memang susah. Semua kedai jual yang refill punya. Bila tanya dekat orang, mana nak cari tong gas baru kebanyakkan tak tahu. Rasa give up nak suh Encik Suami beli je induction kitchen. Setelah tanya jiran- jiran, mereka cakap ada satu kedai dealer kat pekan/bandar berdekatan dengan Bank BSN (sekitar kawasan situ). Buka jam 8pagi -6petang. Harga tong gas baru RM 200 (silalah buat muka terkejut). Mahal daripada semenanjung. 

Lupa nak cakap di sini kebanyakkan kedai lepas maghrib tu dah tutup. Lengang. Kalau hari minggu lagilah lengang dan mereka tutup awal. Satu-satunya mall yang ada adalah Ujana Kewangan. Kedai-kedai pun banyak tutup after maghrib.Ujana Kewangan/Financial Park ni menempatkan pejabat-pejabat kerajaan. 

Pagi breakfast nasi lemak RM2.

Kuih dijual macam ni. 3biji RM 1.

Hari kedua, settlekan urusan persekolahan anak. Pejabat Jabatan Pendidikan terletak di Ujana Kewangan tingkat 10. Dokumen yang diperlukan surat pertukaran sekolah, kad pengenalan ibubapa 3 keping dan surat beranak anak. Proses ambil masa 3hari. Bercuti lagilah nampaknya budak ni. Sekolah yang kami pilih dah penuh, so terpaksa pilih sekolah lain dan nasib baik dekat demgan rumah. 


bersambung ..... (penat dah nak taip)


Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…