Muzium Chimney, Labuan


Last week sebab tak tahu nak buat apa kat rumah, maka ronda-ronda Labuan. Maka terjadilah incident melawat tapak sejarah kat labuan. Iaitu Muzium Chimney. Masuk adalah percuma ye. Just tulis nama kat buku pelawat je. Muzium dia kecil je, 2 tingkat. 


Masuk dalam gua. Pendek je tak sampai 5minit habis dah. Muzium ni menceritakan sejarah awal pembangunan di situ. Industri pada ketika itu ialah arang batu. Biasalah kalau baca buku teks sejarah, sah sah kalau ada perindustrian rancak berlaku maka pesatlah kawasan tersebut. 



Dari kejauhan nampak dah chimney tu.Yang tambah menariknya dan menjadi misteri,sampai sekarang tidak tahu apa fungsi chimney tersebut. Macam-macam andaian. Ada menyatakan tanda terakhir landasan kereta api yang bawa arang batu. Ada gak yang cakap jadi mercu tanda di situ dan banyak lagi.

Di sini juga ada menerangkan cara-cara pemulihan tapak warisan ni. Tahniah. Bukan senang nak pulihara.



Tinggi kan?? 

Acctually kat sini ada dipamerkan artifak tinggalan seperto botol, pinggan mangluk, roda keretapi, sauh dan banyak lagi. Tapi tak sempat nak ambil gambar. 

Best juga dapat melawat tapak sejarah ni. Banyak pengetahuan am dapat especially mengenai cara-cara pemuliharaan bangunan ini. Tak rugi. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil