Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Malas nak menulis

Lama dah tak menulis sebab tak tahu nak tulis apa. Idea kering kontang. Nak tulis pasal trip/holiday/aktiviti hujung minggu pun malas rasanya. Kang kalau menulis time malas, confirm ayat entah apa yang keluar. Tulis pasal makanan lagilah malas, takde mood. Walaupun hari-hari try resipi baru, pergi kedai makan baru, food hunting tapi bila nak menaip rasanya malas sungguh.Maybe kena bersara daripada blogging ni nampaknya.Invitation nuffnang pun memang sah sah takleh pergi. So lagilah rasanya malas nak blogging. Kering idea dah. Banyak yang nak tulis tapi tak terluah. Jadual waktu seharian yang padat (jangan ingat jadi housewife ni banyak free time ye). Memang tak membantu langsung. Banyak nak cerita.Cerita pasal mini kebun saya, pasal binatang yang kami bela, decoration rumah, shopping online, tempat menarik,aktiviti hujung minggu, kelas masakan dengan anak. Adehhh....  memang banyak. Sindrom malas berleluasa.Doakan yang baik-baik untuk saya ye. Kalau ada mood, saya akan kembali menulis…

Kes Mengidam Nasi Minyak Hujung Minggu

Semalam tengok abang ipar dan kakak attend kenduri kahwin. Tetiba macam meleleh je air liur nak makan nasi minyak. Tapi nak cari mana?? Kalau kat kertih tu memang pagi-pagi dah ada orang jual nasi minyak.
Maka seawal 730 dah ajak Encik Suami pergi Pasar Sentral Labuan cari bahan nak buat nasi minyak.

bahan -bahan mudah je : bawang merah, bawang putih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih, serai, susu cair, kismis (cari tak jumpa), daun pandan dan minyak sapi. Tak ada minyak sapi pun tak apa, guna mentega atau marjerin.
Lepas tumis masukkan air dan susu cair. Ni main agak-agak sahaja. Lepas tu tuang dalam periuk nasi elektrik. Nak lagi mewah guna beras basmathi. Saya tak letak daun pandan sebab cari tak jumpa hehe. Maka skiplah daun pandan dan kismis tu.
Goreng ayam masala, masak kari dan sayur kubis goreng (lauk dah habis malas dah tu)

Alhamdulillah hilang mengidam. Korang makan apa lunch hujung minggu ni?