Kes Mengidam Nasi Minyak Hujung Minggu


Semalam tengok abang ipar dan kakak attend kenduri kahwin. Tetiba macam meleleh je air liur nak makan nasi minyak. Tapi nak cari mana?? Kalau kat kertih tu memang pagi-pagi dah ada orang jual nasi minyak.

Maka seawal 730 dah ajak Encik Suami pergi Pasar Sentral Labuan cari bahan nak buat nasi minyak.


bahan -bahan mudah je : bawang merah, bawang putih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih, serai, susu cair, kismis (cari tak jumpa), daun pandan dan minyak sapi. Tak ada minyak sapi pun tak apa, guna mentega atau marjerin.

Lepas tumis masukkan air dan susu cair. Ni main agak-agak sahaja. Lepas tu tuang dalam periuk nasi elektrik. Nak lagi mewah guna beras basmathi. Saya tak letak daun pandan sebab cari tak jumpa hehe. Maka skiplah daun pandan dan kismis tu.

Goreng ayam masala, masak kari dan sayur kubis goreng (lauk dah habis malas dah tu)


Alhamdulillah hilang mengidam. Korang makan apa lunch hujung minggu ni?

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil