Malas nak menulis

Lama dah tak menulis sebab tak tahu nak tulis apa. Idea kering kontang. Nak tulis pasal trip/holiday/aktiviti hujung minggu pun malas rasanya. Kang kalau menulis time malas, confirm ayat entah apa yang keluar. Tulis pasal makanan lagilah malas, takde mood. Walaupun hari-hari try resipi baru, pergi kedai makan baru, food hunting tapi bila nak menaip rasanya malas sungguh.Maybe kena bersara daripada blogging ni nampaknya.

Invitation nuffnang pun memang sah sah takleh pergi. So lagilah rasanya malas nak blogging. Kering idea dah. Banyak yang nak tulis tapi tak terluah. Jadual waktu seharian yang padat (jangan ingat jadi housewife ni banyak free time ye). Memang tak membantu langsung.

Banyak nak cerita.Cerita pasal mini kebun saya, pasal binatang yang kami bela, decoration rumah, shopping online, tempat menarik,aktiviti hujung minggu, kelas masakan dengan anak. Adehhh....  memang banyak. Sindrom malas berleluasa.

Doakan yang baik-baik untuk saya ye. Kalau ada mood, saya akan kembali menulis.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil