Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Taman Burung, Labuan

Hari tu kami sekeluarga pergi Taman Burung Labuan (entah bile, ingat - ingat lupa). Selalu lalu tepi jalan, nampak lengang je. Memang sesuai nak bawa bebudak ni. Kalau ramai, susah pula nak menjaganya. So hari tu tetiba ada mood nak berjalan (sekarang ni memang tengah panas, kalau baju tak basah mandi peluh memang tak sah).
Taman Burung ni terletak berdekatan dengan Menara Chimney, Tanjung Kubong. So sesiapa pergi tapak bersejarah tu, apa kata terus pergi ke sini. Dibuka setiap hari jam 9 pagi - 4 petang kecuali hari Isnin (tutup).
Tiket?? Murah sesangat. Dewasa hanya RM 3, Kanak-kanak (6 tahun - 12 tahun) RM 2. Memang berbaloi nak berjalan di Labuan ni. Muzium pun masuk free, tengok ikan (Muzium Marin) pun free. Save banyak.

Masuk je dah nampak pemandangan ni.
Mehla layan gambar. Jangan tanya saya nama jenis burung ye. Tak terhafal den dibuatnyo.


say "hello"
Ini ikan betul ye. Diawet. Besar betul.




Paling atas tu ialah king.
Burung ini memang unik. Sebab suara dia macam baby menangi…

Kisah Anak Di Sekolah

Hari ni hari terakhir persekolahan. Macam biasa saya ambil anak, tunggu depan sekolah. Cuaca tak payah cakap, memang panas sangat, sejak 4hari tak hujan ni. Tunggu punya tunggu, selalunya on time je budak ni. Kalau lewat pun hari Selasa sebab ada mengaji. Sekali nampak dia, tapi dia duk ralit tengok kiri kanan lagak macam mencari orang. Aiks, tak nampak ibu ke?? punyalah bersungguh ibu melambai dekat dia. Muka dia sedih je. Dia terus masuk kereta."Kenapa abang lewat keluar?""Abang kejar kawan. Kawan ambil duit abang sebab nak beli air" muka dah macam nak menangis."Abang bagi dia ke?""Tak. Dia ambil duit seringgit. Duit tu abang nak simpan tabung. Abang cakap tak boleh, dia terus ambil dan lari"" Hari ni abang beli air je, tak pergi pun kedai buku (tempat kegemaran dia habiskan duit). " dia dah start nak nangis....... ermmm alahai anak. Tak apalah anak, bukan rezeki namanya tu.

Muzium Marin, Labuan

Muzium Marin Labuan terletak di Kompleks Sukan Air Labuan, Tanjung Purun. Kiranya tak berapa jauh daripada Kompleks Ujana Kewangan.
Muzium ini adalah yang pertama di Malaysia yang bertemakan kehidupan laut. Dibuka pada jam 9 pagi hingga 5 petang dan tidak dikenakan apa-apa bayaran pun. So free lah. Muzium ni tak adalah besar sangat, cuma ada 2 tingkat. Tapi penat berjalan sebab ligan budak berdua ni. 
Jom lah layan gambar yang tak berapa nak cantik ni.
Ni kawasan kolam terbuka, so boleh bagi anak-anak main dan pegang haiwan dalam kolam ni. Ada yu, belangkas, beberapa jenis ikan dan banyak lagi. Bayangkan memang budak-budak ni ralit taknak bergerak-gerak daripada kawasan ni. Seronok dapat pegang.





Di tingkat atas, terdapat rangka anak ikan paus sepanjang 42 kaki yang berusia lebih 100 tahun. (maaf, tiada gambar rangka ikan paus ni). 
Di muzium ini juga ada menerangkan info mengenai kapal tenggelam yang terdapat di perairan Labuan. Banyak info budak -budak berdua ni dapat. Lebih-lebih lagi ana…

Happy Mother Day

Happy mother day to all mommies out there. Whatever they call you (mom, ibu, mak, mama, mami,umi etc), you the best mother in the world.

acctually 6 tahun jadi ibu ni, tak pernah pun nak sambut. Selalu wish dekat mama je. Tetiba tahun ni, anak sulung bagi kad dan lukisan tulis "I love ibu". Siap remind ayahnya suruh beli kek. 
Anak nombor dua pula siap bagi ni :  hahaha ..  your ibu appreciate it.
So today ibu ada sedikit rajin (selalunya kitchen closed hujung minggu), maka ibu siapkan breakfast dan kita piknik tepi pantai. 

nampak tak bekas kek tu? tu la hadiah anak sulung saya. 

Anak Angkat

Alkisahnya budak berdua ni (anak saya) memujuk Encik Suami supaya bela pets since kura-kura dulu tak bawa ke sini. Macam -macam mereka cadangkan. Paling banyak cadang kucing. Oh noooo.... Cukuplah zaman sekolah dulu ibunya dah puas bela kucing. Malas dah nak bela kucing.

Bila tengok kat tingkap bilik, terbentang luas halaman belakang yang dah sarat dengan kebun yang tak seberapa tu maka terkeluarlah cadangan supaya bela arnab. Budak berdua tu punyalah terlebih gula (excited terlebih).

Maka pencarian di internet bermula. Kedai haiwan peliharaan mana yang wujud di bumi Labuan ni. Tapi punyalah susah since kat sini tak banayak dikomersilkan di laman sesawang. Drive sekeliling pulau pun tak dapat cari. Ingatkan dah terkubur dah idea nak bela binatang tu.

Tetiba selepas Encik Suami balik kerja, tetiba ajak keluar pergi ke Kompleks Ujana Kewangan (Financial Park). Pelik gak. Tanya dia nak beli apa kat sana. Saya memang cukup malas nak masuk mall tu sebab tak ada apa tujuan nak beli. Lagipun…