Anak Angkat

Alkisahnya budak berdua ni (anak saya) memujuk Encik Suami supaya bela pets since kura-kura dulu tak bawa ke sini. Macam -macam mereka cadangkan. Paling banyak cadang kucing. Oh noooo.... Cukuplah zaman sekolah dulu ibunya dah puas bela kucing. Malas dah nak bela kucing.

Bila tengok kat tingkap bilik, terbentang luas halaman belakang yang dah sarat dengan kebun yang tak seberapa tu maka terkeluarlah cadangan supaya bela arnab. Budak berdua tu punyalah terlebih gula (excited terlebih).

Maka pencarian di internet bermula. Kedai haiwan peliharaan mana yang wujud di bumi Labuan ni. Tapi punyalah susah since kat sini tak banayak dikomersilkan di laman sesawang. Drive sekeliling pulau pun tak dapat cari. Ingatkan dah terkubur dah idea nak bela binatang tu.

Tetiba selepas Encik Suami balik kerja, tetiba ajak keluar pergi ke Kompleks Ujana Kewangan (Financial Park). Pelik gak. Tanya dia nak beli apa kat sana. Saya memang cukup malas nak masuk mall tu sebab tak ada apa tujuan nak beli. Lagipun waktu-waktu macam ni kebanyakan outlet di sana dah nak tutup. (Kat sini maghrib lebih kurang 630petang, kebanyakan mereka akan tutup kedai). Encik Suami cakap " Kata nak bela arnab". Ingatkan kat MidValley je yang ada mall jual binatang rupanya di Ujana ni pun ada.

Berlegarlah cari outlet pets shop. Directory mall tak membantu langsung. Encik Suami terus call pet shop nama " Aqyssh Enterprise  Pet Shop" sebab dah nak maghrib. Masuk kedai tu, tak banyak pilihan yang ada. Tapi kucing yang mereka jual semua jenis baka gebu dan giant. Geram betul tenok. Dan pastinya harga adalah ribu riban ye. (Tak ambil gambar).

Nasib baik ada arnab. Pilihan lain yang ada hamster. Suruhlah budak berdua tu pilih warna apa yang mereka jatuh hati. Berebut nak pilih. Mahal juga harga arnab kat sini. Seekor RM 65.00 (ke memang harganya macam tu?). Macam boleh dapat murah lagi je. Baka apa saya malas nak tanya. Sebab kalau tanya pun bukannya tahu hahaha. Bila dengar harga arnab tu, mulalah rasa macam je malas nak beli. Siap ulangkali tanya Encik Suami betul ke nak beli. Suruh kakak kedai tu kira package nak beli 2 ekor arnab ni. Sangkar, bekas makanan dan minuman, makanan dan 2ekor arnab. Total damage almost RM 300.00. Aduiiii .... Tapi disebabkan budak berdua ni dah terlebih gula maka ayahnya pun beli tanpa rasa ragu- ragu.

Maka terhasillah tambahan anak angkat buat ibunya. Sebab??? Yang menjaga dan membersihkannya semua ibu buat. Hari-hari remind mereka bagi makan arnab pun ibu juga.




Coklat tu namanya pipi dan hitam tu kiki. Abangnya excited nak bagi nama. Adiknya ikut je.



Tak adala leceh sangat nak jaga 2ekor ni. Kalau rajin budak berdua tu lepaskan di halaman belakang. Kemain suka 2ekor ni. Habis sayur dimakannya.

Sampai bila bertahan??? Haha tak tahulah. Tapi sehingga sekarang, lepas balik sekolah abang rajin main dengan 2ekor ni. 

Arnab ni pun dah gebu. Harap kekal lama. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil