Kisah Anak Di Sekolah

Hari ni hari terakhir persekolahan. Macam biasa saya ambil anak, tunggu depan sekolah. Cuaca tak payah cakap, memang panas sangat, sejak 4hari tak hujan ni.

Tunggu punya tunggu, selalunya on time je budak ni. Kalau lewat pun hari Selasa sebab ada mengaji.

Sekali nampak dia, tapi dia duk ralit tengok kiri kanan lagak macam mencari orang.

Aiks, tak nampak ibu ke?? punyalah bersungguh ibu melambai dekat dia. Muka dia sedih je. Dia terus masuk kereta.

"Kenapa abang lewat keluar?"

"Abang kejar kawan. Kawan ambil duit abang sebab nak beli air" muka dah macam nak menangis.

"Abang bagi dia ke?"

"Tak. Dia ambil duit seringgit. Duit tu abang nak simpan tabung. Abang cakap tak boleh, dia terus ambil dan lari"

" Hari ni abang beli air je, tak pergi pun kedai buku (tempat kegemaran dia habiskan duit). " dia dah start nak nangis.

...... ermmm alahai anak. Tak apalah anak, bukan rezeki namanya tu.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil