Muzium Marin, Labuan


Muzium Marin Labuan terletak di Kompleks Sukan Air Labuan, Tanjung Purun. Kiranya tak berapa jauh daripada Kompleks Ujana Kewangan.

Muzium ini adalah yang pertama di Malaysia yang bertemakan kehidupan laut. Dibuka pada jam 9 pagi hingga 5 petang dan tidak dikenakan apa-apa bayaran pun. So free lah.
Muzium ni tak adalah besar sangat, cuma ada 2 tingkat. Tapi penat berjalan sebab ligan budak berdua ni. 

Jom lah layan gambar yang tak berapa nak cantik ni.

Ni kawasan kolam terbuka, so boleh bagi anak-anak main dan pegang haiwan dalam kolam ni. Ada yu, belangkas, beberapa jenis ikan dan banyak lagi. Bayangkan memang budak-budak ni ralit taknak bergerak-gerak daripada kawasan ni. Seronok dapat pegang.






Di tingkat atas, terdapat rangka anak ikan paus sepanjang 42 kaki yang berusia lebih 100 tahun. (maaf, tiada gambar rangka ikan paus ni). 

Di muzium ini juga ada menerangkan info mengenai kapal tenggelam yang terdapat di perairan Labuan. Banyak info budak -budak berdua ni dapat. Lebih-lebih lagi anak sulung sibuk ke hulu ke hilir membaca jenis ikan. 

Budak-budak kalau bab haiwan memang terlebih teruja. So memang best, tambah best sebab free. Boleh pergi bila-bila sahaja. 


Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil