Skip to main content

Taman Burung, Labuan

Hari tu kami sekeluarga pergi Taman Burung Labuan (entah bile, ingat - ingat lupa). Selalu lalu tepi jalan, nampak lengang je. Memang sesuai nak bawa bebudak ni. Kalau ramai, susah pula nak menjaganya. So hari tu tetiba ada mood nak berjalan (sekarang ni memang tengah panas, kalau baju tak basah mandi peluh memang tak sah).

Taman Burung ni terletak berdekatan dengan Menara Chimney, Tanjung Kubong. So sesiapa pergi tapak bersejarah tu, apa kata terus pergi ke sini. Dibuka setiap hari jam 9 pagi - 4 petang kecuali hari Isnin (tutup).

Tiket?? Murah sesangat. Dewasa hanya RM 3, Kanak-kanak (6 tahun - 12 tahun) RM 2. Memang berbaloi nak berjalan di Labuan ni. Muzium pun masuk free, tengok ikan (Muzium Marin) pun free. Save banyak.


Masuk je dah nampak pemandangan ni.

Mehla layan gambar. Jangan tanya saya nama jenis burung ye. Tak terhafal den dibuatnyo.



say "hello"

Ini ikan betul ye. Diawet. Besar betul.





Paling atas tu ialah king.

Burung ini memang unik. Sebab suara dia macam baby menangis. Seram pun ada.

Burung merak ni memang jadi bahan kejar mengejar anak kami. Kesianlah burung ni.





Tamat sudah. Taman Burung Labuan ni takdelah besar sangat, just nice untuk kami yang mempunyai anak-anak yang suka berlari ni. Penat sangat nak pantau dorang, semua pagar "dilanggar" nya. Nasib baik pekerja di sini sporting. Fuhhh .. (lap peluh)

Lepas tengok burung, mereka syok main taman permainan yang memang disediakan di sini. So kiteorang as parents bolehlah rehat sebentar sambil menikmati air mineral yang dibeli dari gift shop di taman ni.


Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…