Posts

Showing posts from August, 2016

Kek Mudah dan Sedap

Image
Hari tu rasa malas sangat nak masak tapi budak-budak sah sah nak makan petang nanti. Kalau tak ada yang dihidangkan, mesti bertalu-talu soalan tanya. 
Maka penatlah ibu meng-gugel resipi paling mudah ni. Ada setengah orang buat guna microwave tapi saya guna pengukus.
Resipi (acuan kecil) : 3 sudu tepung gandum 3 sudu milo 2 sudu minyak masak 2 sudu gula 2 sudu susu pekat 1/2 sudu esen vanilla 1/2 sudu kecil soda bikarbonat 2 sudu air suam  1 biji telur
campurkan semua bahan, gaul/blend hingga sebati
kemudian kukus sampai masak. Hari tu saya kukus dalam 15minit. 
Ok dah siap. Nak sedap lagi taburkan milo atas kek tersebut. Mudahkan!! Nak ajak anak sama-sama buat pun bagus. 

O'yeen Cafe

Image
Agak lama juga tak buat review pasal restoran/cafe/kedai ni. Kekadang masa kekdahnya tinggal sini. My life getting busier right now. Makan pun kena laju-laju. Tapi cafe ni buat saya rasa nak buat review.

O'yeen Cafe ni terletak di Lapangan Terbang Labuan. Masuk je pintu utama Arrival Hall maka jalan je straight nampaklah signboard "O'yeen Cafe".
Simple je cafe ni. Ada banyak variety kek or cupcakes, minuman (seperti di dalam gambar), cookies, currypuff, dan banyak lagi. Kekadang ada jual dihidangkan spagethi.
Signature minuman dia ialah Aeng Kopi, Teh, dan Teh O. Harga minuman ni RM 3.90. 
Tapi yang paling diminati cupcakes dia memang sedap dan lembut. Haish rugi beli 2 je.
Setiap hari cafe ni menawarkan kek yang berlainan so kengkawan boleh check di FB dan instagram  'O'yeen Cafe". Nak buat tempahan kek pun boleh, dont worry. Tapi hendaklah 2-3 hari sebelum nak ambil ye. 
Tak silap cafe ni ada satu lagi cawangan iaitu di UTC Cafe (Pasar Sentral). 
Kalau rasa-r…

Pizza Pemalas

Image
Petang ni rasa macam nak makan pizza. Tapi malas nak buat doh pizza. Maka apalagi geladah kitchen, terjumpa wraps ni. Hati pun berbunga bunga ahakssss..

Senang sangat nak buatnya. Meh nak ajar cara buat pizza pemalas ni.
Bahan :
2keping wraps sausage/pepperoni/tuna atau apa-apa sahaja topping yang anda nak makan. sos spagethi/tomato keju mozarella/cheddar keju kraft singles
Untuk based dia saya, ambil sekeping wraps letak sedikit keju dan sos spagethi. Kemudian letak lagi sekeping wraps di atasnya. Buat double layer sebab nak bagi tebal. 
So sapu lagi sos spagethi, letaklah apa-apa topping yang anda nak. 
Letakkan keju kraft single dan parut keju cheddar. Masa ni saya tak dapat cari mozarella. Kalau ada mesti lagi mengancam.
Masukkan ke dalam ketuhar (sebelum tu jangan lupa panaskan ketuhar). Masak dengan temperature 180°c selama 10 - 15 minit ikut ketuhar masing-masing ye. 
Ini versi untuk anak. Topping sausage.
Ini versi Encik Suami punya. Letak capsicum. Sedap.

Ini la hasilnya. Senangkan. Sebab …

Short Trip Ke Kundasang

Image
Trip punya dah lama baru nak update. Pergi before 'meletup' cakap dengan Encik Suami better gi cepat-cepat sebab after bersalin kena kuarantin berjalan. Disebabkan dekat je nak pergi (acctually tak ada la dekat sangat sebab naik feri + drive kereta). Maka kami dengan saya yang tengah sarat mengandung 8bulan pergilah ke tempat yang cantik ni.
Tengah beratur nak naik feri dari Terminal Laut Labuan. Kami nak feri ke Menumbuk ambil masa dalam 1 1/2 jam. Kalau naik feri terus ke Kota Kinabalu almost 3 jam. Tak larat nak duduk lama-lama dalam feri so kami decide ke Menumbok. Dari Menumbok drive ke Kota Kinabalu ambil masa dalam 2jam (campur tolak berhenti solat).

Kereta parking kat sini. Kami bawa kereta sebab bebas sikit nak berjalan ikut suka hati. Kalau sesapa nak bawa kereta, fee dia ikut cc kereta. Macam kami kena bayar RM 50.00 (fee kereta + driver). Penumpang bayaran lain. Nanti sampai Menumbok kena beli tiket lain pulak untuk penumpang. So damage dalam RM 150 ++. Haishh ingat…

Cadangan Minum Petang

Image
Sebelum ni post, saya cakap saya masak 3 kali kan (baca ke tak baca ni?). Tapi selalunya yang ketiga saya masak simple je untuk budak-budak ini. Sebab untuk breakfast dan lunch dah berat maka teatime yang mudah sahaja. Lagipun kekangan masa. Rajin?? Nope, saya tak rajin tapi disebabkan anak jenis cerewet yang tak boleh makan benda yang sama dalam satu hari maka ibunya terpaksa perah idea. Slalunya jenis yang mudah-mudah je saya buat. Lempeng Jagung tapi buat saiz kecik-kecik supaya mereka ralit makan.
Kuih cara tapi versi guna acuan muffin sebab tak ada acuan kuih cara.
Kek marble guna acuan muffin
Kek marble lagi. 
Cek Mek Molek. Maaflah rupa tak elok, 1st attempt tapi yang penting rasa sedap (eh eh terpuji diri sendiri). 
Roti Pizza. Hangit sikit sebab ada Lil Helper yang memandai pergi putar temperature. Sedar sedar ibu bau hangit.
Tak ada dalam simpanan gambar, saya masak kuih bingka tepung beras, bingka roti dan puding roti. Semuanya resipi yang simple. Google je resipi, terus masak. M…

Kopi Tenom

Image
"Kadangkala kita ingat benda ni kecil je, tapi orang lain anggap benda ni besar ertinya."
Kisah :
Kopi tenom kalau kat sini memang selalu sold out. Kalau cari kat pasaraya sekitar sini, jumpa silalah rembat. Memang sedap kalau brand yang ni. Bagi saya oklah rasanya. 12 sachet = RM 6.50. 
Kisahnya memang ada stok kat rumah ni. Masa Hari Raya, ibu bapa saya datang sini dan saya bancuh kopi ni. Mak saya tiap-tiap hari minum punyalah sukanya. Masa nak balik, hajat saya nak belikan untuk mak saya tapi semua pasaraya tak ada. Sedih. Saya cakap "nanti kalau ada, saya post ke KL ye". Tapi lepas tu mak saya tak timbul pun hal nak suruh saya cari kopi tu. Jadi saya ingat mak saya dah lupa. Tapi disebabkan saya dah cakap nak beli, maka gigih cari kopi tu.
So setelah cari baru-baru ni ada. Suami saya rembat sampai 5 bungkus. Dia cakap pun sedap. Maka kami pun postlah ke KL. 
Mak saya hantar mesej kat saya 
"Mak dah dapat parcel. Banyaknya. Sampai tahun depan pun tak habis"

Kehidupan Baru

Macam poyo je tajuk. Kehidupan baru saya dari surirumah yang bekerja kepada surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah dah 8bulan jadi surirumah sepenuh masa. Masa berlalu dengan agak pantas ye sedara, tanpa sedari lak. Saya terperasan pun sebab minggu lepas call bos kat tempat kerja. "Eh dah 8bulan dah sha tak kerja ye. Sekejap jek" ..dalam hati .. aikss bos, rindu kat pekerja macam saya ke? hahaha..Saje nak berceloteh hari ni, sebab tengok blog ni dah lama tak update. So marilah kita berceloteh hari ni. Mula-mula jadi 'fulltime housewife' memang macam culture shock. Pengurusan masa memang tak berapa betul, tambahan ada ahli keluarga baru so lagilah kucar kacir. Tunggang langgang jadinya. Sebabnya budak kecil ni akan bangun every 1-2 jam, tu pun kalau bernasib baik. Kalau dia buat perangai, asal letak atas katil je menangis, maka semua kerja akan bertangguh. Almaklumlah ada anak bersekolah, maka kena bangun awal untuk siapkan sarapan. Mostly memang akan masak. Simple sim…