Skip to main content

Kehidupan Baru

Macam poyo je tajuk. Kehidupan baru saya dari surirumah yang bekerja kepada surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah dah 8bulan jadi surirumah sepenuh masa. Masa berlalu dengan agak pantas ye sedara, tanpa sedari lak. Saya terperasan pun sebab minggu lepas call bos kat tempat kerja.

"Eh dah 8bulan dah sha tak kerja ye. Sekejap jek" ..

dalam hati .. aikss bos, rindu kat pekerja macam saya ke? hahaha..

Saje nak berceloteh hari ni, sebab tengok blog ni dah lama tak update. So marilah kita berceloteh hari ni.

Mula-mula jadi 'fulltime housewife' memang macam culture shock. Pengurusan masa memang tak berapa betul, tambahan ada ahli keluarga baru so lagilah kucar kacir. Tunggang langgang jadinya. Sebabnya budak kecil ni akan bangun every 1-2 jam, tu pun kalau bernasib baik. Kalau dia buat perangai, asal letak atas katil je menangis, maka semua kerja akan bertangguh.

Almaklumlah ada anak bersekolah, maka kena bangun awal untuk siapkan sarapan. Mostly memang akan masak. Simple simple je macam cucur, nasi goreng, mihun goreng, kuih atau apa-apa yang sempat saya sediakan. Bukan anak je nak makan, suami pun akan bersarapan. Yelah dah 3tahun duduk berjauhan dengan suami, weekend je ada chance nak sediakan sarapan. Bila semua sarapan dah sedia, dan mereka dah keluar rumah maka jadi kelam kabutlah saya siapkan kerja rumah apa yang patut sementara budak kecik tu lena dibuai mimpi.

Selalu kalau time mandi pagi tu, perkara pertama yang alan difikirkan "apa ye nak masak untuk lunch?". Payah nak dapat jawapan kalau dah hari-hari masak. Kekadang boleh jadi takde idea hahaha .. (baru 8 bulan jadi housewife dah tak tahu nak masak apa, kalau 8 tahun tak tahulah macam mana).

Masak ala kadar, tunggu suami dan anak balik untuk lunch. Selalu tempoh bertenang saya ialah jam 2 bila semuanya selesai. Tapi bila dah pukul 4 tu kena fikir lak nak makan apa malam. Selalunya simple je, yang penting malam tak makan nasi/mee/mihun ye. Selalu masak kuih/kek atau kalau bernasib baik budak-budak nak makan roti dengan peanut butter je.

Malas dah nak taip panjang-panjang tapi sesungguhnya nak beritahu "Jadi fulltime housewife lagi penat daripada bekerja di pejabat. Maybe sebab dapat anak yang cerewet nak makan kot"

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…