Kek Mudah dan Sedap


Hari tu rasa malas sangat nak masak tapi budak-budak sah sah nak makan petang nanti. Kalau tak ada yang dihidangkan, mesti bertalu-talu soalan tanya. 

Maka penatlah ibu meng-gugel resipi paling mudah ni. Ada setengah orang buat guna microwave tapi saya guna pengukus.

Resipi (acuan kecil) :
3 sudu tepung gandum
3 sudu milo
2 sudu minyak masak
2 sudu gula
2 sudu susu pekat
1/2 sudu esen vanilla
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu air suam 
1 biji telur

campurkan semua bahan, gaul/blend hingga sebati

kemudian kukus sampai masak. Hari tu saya kukus dalam 15minit. 

Ok dah siap. Nak sedap lagi taburkan milo atas kek tersebut. Mudahkan!! Nak ajak anak sama-sama buat pun bagus. 


Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil