Kopi Tenom


"Kadangkala kita ingat benda ni kecil je, tapi orang lain anggap benda ni besar ertinya."

Kisah :

Kopi tenom kalau kat sini memang selalu sold out. Kalau cari kat pasaraya sekitar sini, jumpa silalah rembat. Memang sedap kalau brand yang ni. Bagi saya oklah rasanya. 12 sachet = RM 6.50. 

Kisahnya memang ada stok kat rumah ni. Masa Hari Raya, ibu bapa saya datang sini dan saya bancuh kopi ni. Mak saya tiap-tiap hari minum punyalah sukanya. Masa nak balik, hajat saya nak belikan untuk mak saya tapi semua pasaraya tak ada. Sedih. Saya cakap "nanti kalau ada, saya post ke KL ye". Tapi lepas tu mak saya tak timbul pun hal nak suruh saya cari kopi tu. Jadi saya ingat mak saya dah lupa. Tapi disebabkan saya dah cakap nak beli, maka gigih cari kopi tu.

So setelah cari baru-baru ni ada. Suami saya rembat sampai 5 bungkus. Dia cakap pun sedap. Maka kami pun postlah ke KL. 

Mak saya hantar mesej kat saya 

"Mak dah dapat parcel. Banyaknya. Sampai tahun depan pun tak habis"

"Kalau dah habis mak beritahu ye. Boleh post lagi" . Saya tahu mak saya suka kopi tu.

"Mak tengah masak air ni. Hilang kempunan mak .."

Bila baca ayat "hilang kempunan", tetiba air mata saya mengalir. Rasa sebak. Allahhu .. tak boleh nak cakap rasa macam mana. Betapa mak saya sebenarnya memang betul betul teringin nak kopi tu tapi tak cakap dengan saya. 

Pemberian saya tu kira kecil berbanding apa yang adik beradik saya bagi kat mak ayah saya. Dan hari ni buat pertama kali air mata saya mengalir sebab saya gembira dapat menggembirakan hati mak saya. Hanya Allah dapat membalas segalanya. 

(p/s : lepas ni nak kena cari barang untuk ayah pula, kang merajuk ayah saya hahaha ...)


Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil