Pizza Pemalas

Petang ni rasa macam nak makan pizza. Tapi malas nak buat doh pizza. Maka apalagi geladah kitchen, terjumpa wraps ni. Hati pun berbunga bunga ahakssss..


Senang sangat nak buatnya. Meh nak ajar cara buat pizza pemalas ni.

Bahan :

2keping wraps
sausage/pepperoni/tuna atau apa-apa sahaja topping yang anda nak makan.
sos spagethi/tomato
keju mozarella/cheddar
keju kraft singles

Untuk based dia saya, ambil sekeping wraps letak sedikit keju dan sos spagethi. Kemudian letak lagi sekeping wraps di atasnya. Buat double layer sebab nak bagi tebal. 

So sapu lagi sos spagethi, letaklah apa-apa topping yang anda nak. 

Letakkan keju kraft single dan parut keju cheddar. Masa ni saya tak dapat cari mozarella. Kalau ada mesti lagi mengancam.

Masukkan ke dalam ketuhar (sebelum tu jangan lupa panaskan ketuhar). Masak dengan temperature 180°c selama 10 - 15 minit ikut ketuhar masing-masing ye. 

Ini versi untuk anak. Topping sausage.

Ini versi Encik Suami punya. Letak capsicum. Sedap.


Ini la hasilnya. Senangkan. Sebab tu panggil pizza pemalas sebab mudah sangat nak buat. 

Kalau tak ada wraps, boleh juga guna roti biasa. Budak -budak memang suka sangat. Sesuai untuk minum petang. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil