Short Trip Ke Kundasang

Trip punya dah lama baru nak update. Pergi before 'meletup' cakap dengan Encik Suami better gi cepat-cepat sebab after bersalin kena kuarantin berjalan. Disebabkan dekat je nak pergi (acctually tak ada la dekat sangat sebab naik feri + drive kereta). Maka kami dengan saya yang tengah sarat mengandung 8bulan pergilah ke tempat yang cantik ni.


Tengah beratur nak naik feri dari Terminal Laut Labuan. Kami nak feri ke Menumbuk ambil masa dalam 1 1/2 jam. Kalau naik feri terus ke Kota Kinabalu almost 3 jam. Tak larat nak duduk lama-lama dalam feri so kami decide ke Menumbok. Dari Menumbok drive ke Kota Kinabalu ambil masa dalam 2jam (campur tolak berhenti solat).


Kereta parking kat sini. Kami bawa kereta sebab bebas sikit nak berjalan ikut suka hati. Kalau sesapa nak bawa kereta, fee dia ikut cc kereta. Macam kami kena bayar RM 50.00 (fee kereta + driver). Penumpang bayaran lain. Nanti sampai Menumbok kena beli tiket lain pulak untuk penumpang. So damage dalam RM 150 ++. Haishh ingatan dah lupa exact amount kena bayar, maklumlah lama sangat tak berupdate.


Bye bye Labuan. Kundasang here we come (memang excited sebab tengok gambar orang yang dah pergi sana memang view superb).


View sepanjang perjalanan pun dah cantik. Dalam hati memang melonjak lonjak dah time ni.


Masa tengok view ni, fuhhh mendamaikan rasa. Sesiapa ada budget lebih, grab promo tiket flight silalah pergi sini. Confirm tak menyesal.


Nampak dah memanggil manggil gunung tu. Drive dari Kota Kinabalu ke Kundasang adalah ambil masa 2 jam -+ (berhenti makan,solat,tandas, ambil gambar).


Masa ni dah nak masuk maghrib. Maghrib kat sini lebih kurang sejam awal dari semenanjung.


View pagi dari kami punya balkoni. Saja cari tempat penginapan yang menghadap gunung ni. Tapi sini memang sejuk giler. Nak ambil wudhuk fuhh mencabar, macam ais, air yang keluar daripada paip tu.  Kami menginap di 36 miles lodge.


Stop dulu before heading to Desa Cattle Dairy Farm yang terkenal tu. Pemandangan memang cantik. Maaflah gambar banyak tak dapat post sebab banyak gambar fefeeling romantik kami hahaha .. takkanlah nak tepek sini kan.


Cantik kan? Speechless time ni. Kalau pergi 
sini (Desa Cattle Dairy Farm) jangan lupa beli susu kotak dengan aiskrim. Sampai sekarang terasa keenakkannya lebih-lebih lagi aiskrim yougurt tu. Mebeles.

Masa pagi ni kabus memang dah tebal. Tak dapat nak ambil gambar cantik Gunung Kinabalu. 
 
Anak lembu ala ala New Zealand.

Budak-budak memang seronoklah. Siap boleh bagi makan lagi. Tempat lain saya akan update nanti. 

So ingat ye kalau ada budget lebih jangan lupa datang sini. Kat Kundasang ni banyak tempat menarik seperti kolam air panas, spa ikan kat sungai Tagal, boleh pergi masuk rainforest atau kaki gunung, pasar Nabalu dan banyak lagi. 

Next trip cuti sekolah nanti. Sekarang ni kalau nak berjalan jauh kena tunggu cuti sekolah sebab anak dah sekolah takkanlah nak ponteng kan. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil