Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Muzium Petroleum Miri

**Post Terakhir Miri
Muzium Miri ini terletak berhadapan dengan The Grand Old Lady. Masuk percuma ye. 


Kalau nak tahu sejarah mengenai Miri & Minyak harus lah datang muzium ini. Seronok juga dapat mempelajari sejarah sesuatu tempat. Seketika terasa kagum sebab pada awal tahun 1900 sudah ada peralatan yang agak canggih. Yelah, kalau tidak mana mereka tahu telaga minyak ada di mana kan?

Tempat eksperimen untuk kanak-kanak tapi malangnya banyak yang dah rosak. Rasa sayang tempat macam ini tidak diselenggarakan dengan baik, atau pelancong yang tidak hargai barang pameran  
Tapi AWAS !! tempat ini tak ada aircond, hanya ada kipas kipas yang diletakkan di setiap sudut. Nasib baik lah tak ramai orang, kalau tidak mahu lencun baju basah peluh.
Replika pelantar minyak.


Bahan eksperimen yang tidak boleh digunakan lagi.
Keseluruhannya memang menarik sesi percutian kali ini. Sesi percutian paling lama hehehe ... tapi tips saya kalau sesiapa hendak pergi bercuti di Miri, cukuplah sekadar 2har…

Restoran Muara, Founder Of Nasi Lalapan

Kalau datang Miri tak rasa makan Nasi Lalapan di Restoran Muara maka tak lengkaplah misi anda. 
Masa round Miri ni saya jumpa 3 buah restoran franchise Muara ni. Kira hebat dah tu. Kami makan di bandar di Jalan Merpati. Masa ni jam 2petang, agak lewat sikit. 

Nasi Lalapan ni macam nasi yang menghidangkan pelbagai jenis ulam yang simple dengan pilihan ayam, ikan, sotong, daging atau udang. Ada 8 jenis lauk, kire macam tu la. 
Saya pilih ikan tongkol.  Ok, ikan dia memang sedap sebab garing. Sebab apa saya cakap ulam simple? sebab ulam jenis senang nak dapat seperti di dalam gambar (pucuk ubi, kacang panjang, kubis) lepas tu ada tempe, tauhu dan timun.
Encik Suami pilih ayam.
Kalau datang Miri, jangan lupa minta Nasi Lalapan tau.

Grand Old Lady @ Canada Hills

Hari terakhir kami pergi "Grand Old Lady", terletak di Canada Hill. Bak kata orang, kalau pergi Miri takpi tempat ni maka tak lengkaplah. 
Inilah tempat pertama minyak di gali di Miri. Telaga pertama dibina oleh pihak British. 
Ok meh saya cerita sikit sejarahnya dahulu ye. Acctually sejak tahun 1882 lagi penduduk Miri dah jumpa minyak. Mereka gali tanah hanya menggunakan peralatan tangan. Minyak yang dijumpai hanya digunakan untuk menampal perahu. Hanya pada tahun 1909 , Sir Charles Brooke menandatangani perjanjian perlombongan minyak dengan syarikat  Angli Saxon Petroleum atau sekarang dikenali dengan nama Shell. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh google, kang cerita panjang kat sini mengantukla pulak. Maklumlah subjek Sejarah hehehe.
Boleh bayang betapa banyaknya minyak waktu itu, sampaikan gali guna tangan pun minyak dah keluar. 
The Grand Old Lady ini terletak di atas bukit. Bayangkan (berapa banyak perkataan bayang daa) bagaimana mereka bawa peralatan naik ke atas buk…

Taman Awam, Miri

Taman Awam Miri ini boleh dikatakan macam Taman kat KLCC siap pool untuk budak -budak mandi. Cuma taman awam ini ada jambatan gantung dan port untuk bbq.
Masa kami datang hari sabtu, memang penuhlah orang ramai dengan ada yang jogging, mandi, piknik, bawa anak bermain taman permainan. 


menara untuk berjalan di jambatan gantung. Tinggi wei, boleh exercise sama ada lutut kuat atau tak time mendaki tangga ni.
Budak-budak seronoklah masa meniti jambatan ini. 
air terjun buatan. Memang nampak real sungguh. Siap dia ada buat sungai lagi. Memang tak nampak macam buatan.
Nampak tak pool di situ?
Kalau dah namanya taman, mestilah ada playground kan. Tarikan utama selain pool.
First time, kami pergi taman yang cantik macam ni.

Miri Crocodile Farm, Sarawak

Kalau dulu kami pergi Crocodile Farm di Kuching, maka kali ni kami pergi di Miri.
Miri Crocodile Farm terletak di Kuala Baram. Kalau dari Bandar Miri, lebih kurang 31km ambil masa dalam 25minit untuk sampai.
Kalau tengok dari pintu masuk ni, rasanya kawasan ni lagi besar daripada Kuching.
Pakcik Crocs datang sambut.
Harga tiket masuk.
Kalau nak tengok buaya lebih dekat, maka naik atas jambatan tu. Boleh juga beli ayam 1 ekor = RM10 dan suruh pekerja baling kat buaya tu untuk dimakan. Bila dah bayar, ingatkan macam di Kuching (jumping crocodile) rupanya just baling je kat buaya tu, dan buaya tu bertempiaran lari berebutkan ayam. Kebetulan pekerja tu bagi diskaun 2 ekor ayam = RM10 hahaha .. seronoklah bebudak tu tengok. Bolehlah nak rakam video aksi buaya ni berebut ayam
Miri Crocodile Farm memang lagi banyak binatang daripada di Kuching. 
Saya lupa nak ambil gambar restoran. Bagi non muslim sesiapa yang nak merasa daging buaya dan bak kut teh buaya boleh order di restoran ini. Mereka menyedi…

Pasar Tamu, Pasar Muhibbah dan Pasar Kedayan

Pagi lagi dah jengah pasar ni kat Miri. Acctually pasar ni sama macam pasar yang lain cuma adalah benda yang mereka jual yang jarang kita jumpa.
Terbahagi kepada 3 blok. Iaitu Pasar Tamu, Pasar Kedayan dan Pasar Muhibbah.
Keadaan pasar. Masih lengang lagi. 
Macam-macam barang kering. Ada gak yang rare.
Pelbagai anak pokok. Murah-murah.
Banyak anak pokok dijual. Paling rare ialah anak pokok mulberry. Memang saya tak pernah jumpa, tapi di sini anda akan jumpa.
Saya dan Encik Suami hunting sayur midin. Sayur ni hanya ada di Sarawak, tapi tak jumpa.
Agak-agak ni apa?
Beras Bario. Beras ni memang mahal. Sekampit kecil tu sahaja dah mencecah RM42. Tak sampai 5kg pun. Ingatkan Beras Basmathi Faiza Taj Mahal paling mahal.
Tempoyak, madu, belacan, biji benih semurah RM1, jajan, sayur pelbagai jenis dari selalu nampak kepada yang jarang dapat dan banyak lagi.
Nampak tak pisang merah tu? 1st time saya tengok pisang merah. Nak beli tapi memandangkan beg dah penuh, so niat dilupakan.
Pasar ni saya hanya beli…