Grand Old Lady @ Canada Hills


Hari terakhir kami pergi "Grand Old Lady", terletak di Canada Hill. Bak kata orang, kalau pergi Miri takpi tempat ni maka tak lengkaplah. 

Inilah tempat pertama minyak di gali di Miri. Telaga pertama dibina oleh pihak British. 

Ok meh saya cerita sikit sejarahnya dahulu ye. Acctually sejak tahun 1882 lagi penduduk Miri dah jumpa minyak. Mereka gali tanah hanya menggunakan peralatan tangan. Minyak yang dijumpai hanya digunakan untuk menampal perahu. Hanya pada tahun 1909 , Sir Charles Brooke menandatangani perjanjian perlombongan minyak dengan syarikat  Angli Saxon Petroleum atau sekarang dikenali dengan nama Shell. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh google, kang cerita panjang kat sini mengantukla pulak. Maklumlah subjek Sejarah hehehe.

Boleh bayang betapa banyaknya minyak waktu itu, sampaikan gali guna tangan pun minyak dah keluar. 

The Grand Old Lady ini terletak di atas bukit. Bayangkan (berapa banyak perkataan bayang daa) bagaimana mereka bawa peralatan naik ke atas bukit. 

Paling menarik dari atas bukit ini, akan nampak Bandar Miri. 


Cara perlombongan minyak pada zaman itu.
Dengan ini kita tahu, minyak pertama sekali jumpa adalah di daratan.


Kawasan ini juga akan menerangkan sejarah satu persatu. Baca tau. Begitu lama mereka ambil hasil bumi pada masa itu.

Kapsul Masa

Seperti diberitahu, dari atas bukit ini boleh nampak Bandar Miri. Cantikkan?

Di Canada Hill ni juga dijadikan port untuk hiking atau jogging bagi penduduk di sini untuk menikmati panorama yang indah.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil