Miri Crocodile Farm, Sarawak

Kalau dulu kami pergi Crocodile Farm di Kuching, maka kali ni kami pergi di Miri.

Miri Crocodile Farm terletak di Kuala Baram. Kalau dari Bandar Miri, lebih kurang 31km ambil masa dalam 25minit untuk sampai.

Kalau tengok dari pintu masuk ni, rasanya kawasan ni lagi besar daripada Kuching.

Pakcik Crocs datang sambut.

Harga tiket masuk.

Kalau nak tengok buaya lebih dekat, maka naik atas jambatan tu. Boleh juga beli ayam 1 ekor = RM10 dan suruh pekerja baling kat buaya tu untuk dimakan. Bila dah bayar, ingatkan macam di Kuching (jumping crocodile) rupanya just baling je kat buaya tu, dan buaya tu bertempiaran lari berebutkan ayam. Kebetulan pekerja tu bagi diskaun 2 ekor ayam = RM10 hahaha .. seronoklah bebudak tu tengok. Bolehlah nak rakam video aksi buaya ni berebut ayam

Miri Crocodile Farm memang lagi banyak binatang daripada di Kuching. 

Saya lupa nak ambil gambar restoran. Bagi non muslim sesiapa yang nak merasa daging buaya dan bak kut teh buaya boleh order di restoran ini. Mereka menyediakan makanan berasaskan daging buaya.

Buaya paling besar berada di sini. 
Panjang = 183 "
Umur = 60 tahun
panjang betul usia dia.Tengok ekor dia, kalau sekali libas ni mahu patah tulang belakang.

Buaya Albino @ White Crocodile. 
Tak perlu pakai serum vitamin C, dah putih buaya ni. Relaks je berjemur tengah panas.

Di sini juga ada pelbagai binatang contohnya beruang ni. Kalau nak bergambar dengan Encik Teddy ni kena bayar RM10, ular dan parrot pun boleh asalkan bayar RM10 tapi guna camera masing-masing ye.

Musang.

Kelawar
Kuda. 
Kalau nak bagi makan kuda ni pun boleh. Beli makanan dia di stesen dengan harga RM1.

Beruang Madu.

Sebenarnya banyak lagi binatang di sini seperti kambing, lembu, landak, kucing hutan, monyet dan banyak lagi cuma tak sempat nak mengambil sebab asyik kena ligan anak je. Maklumlah tugas kejar mengejar anak memang tugas saya memandangkan Encik Suami bawa baby. 

Overall kawasan di sini memang luas. Berpeluh basah lenjun baju dek ditambah dengan cuaca panas. 
Di sini juga ada menyediakan menunggang kuda cuma tak berapa pasti harganya. 

Memang seronok bawa anak tengok binatang. Miri Crocodile Farm ni umpama mini zoo sebab pelbagai jenis binatang ada. Kira tak rugilah bawa anak ke tempat ini.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil