Muzium Petroleum Miri


**Post Terakhir Miri

Muzium Miri ini terletak berhadapan dengan The Grand Old Lady. Masuk percuma ye. 



Kalau nak tahu sejarah mengenai Miri & Minyak harus lah datang muzium ini. Seronok juga dapat mempelajari sejarah sesuatu tempat. Seketika terasa kagum sebab pada awal tahun 1900 sudah ada peralatan yang agak canggih. Yelah, kalau tidak mana mereka tahu telaga minyak ada di mana kan?


Tempat eksperimen untuk kanak-kanak tapi malangnya banyak yang dah rosak. Rasa sayang tempat macam ini tidak diselenggarakan dengan baik, atau pelancong yang tidak hargai barang pameran  

Tapi AWAS !! tempat ini tak ada aircond, hanya ada kipas kipas yang diletakkan di setiap sudut. Nasib baik lah tak ramai orang, kalau tidak mahu lencun baju basah peluh.

Replika pelantar minyak.



Bahan eksperimen yang tidak boleh digunakan lagi.

Keseluruhannya memang menarik sesi percutian kali ini. Sesi percutian paling lama hehehe ... tapi tips saya kalau sesiapa hendak pergi bercuti di Miri, cukuplah sekadar 2hari 1malam, confirm habis tawaf 1 Miri.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil