Pasar Tamu, Pasar Muhibbah dan Pasar Kedayan


Pagi lagi dah jengah pasar ni kat Miri. Acctually pasar ni sama macam pasar yang lain cuma adalah benda yang mereka jual yang jarang kita jumpa.

Terbahagi kepada 3 blok. Iaitu Pasar Tamu, Pasar Kedayan dan Pasar Muhibbah.

Keadaan pasar. Masih lengang lagi. 

Macam-macam barang kering. Ada gak yang rare.

Pelbagai anak pokok. Murah-murah.

Banyak anak pokok dijual. Paling rare ialah anak pokok mulberry. Memang saya tak pernah jumpa, tapi di sini anda akan jumpa.

Saya dan Encik Suami hunting sayur midin. Sayur ni hanya ada di Sarawak, tapi tak jumpa.

Agak-agak ni apa?

Beras Bario. Beras ni memang mahal. Sekampit kecil tu sahaja dah mencecah RM42. Tak sampai 5kg pun. Ingatkan Beras Basmathi Faiza Taj Mahal paling mahal.

Tempoyak, madu, belacan, biji benih semurah RM1, jajan, sayur pelbagai jenis dari selalu nampak kepada yang jarang dapat dan banyak lagi.

Nampak tak pisang merah tu? 1st time saya tengok pisang merah. Nak beli tapi memandangkan beg dah penuh, so niat dilupakan.

Pasar ni saya hanya beli bunga Roselle, 1kg = RM5. Mahal ke murah ye? Sebab tak pernah beli.
bunga roselle

dan biji benih bendi, RM1 sahaja.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil