Resipi Mudah Butter Chicken


Jadi mak mak ni paling susah bila buntu idea nak masak apa. Haishh memang pening dibuatnya. Kalau dulu, memang saya selalu beli buku masakan, majalah yang ada banyak resipi tapi sekarang 'thanks to Mr Gugel' hehe.. 

Maka hari ni timbul idea nak masak butterchicken yang mudah sangat. 

Bahan-bahan :

 500 gram ayam (kalau boleh dada ayam)
tepung goreng ayam
 (saya suggest tepung goreng Bestari. Kalau takde boleh buat campuran tepung gandum, tepung jagung, sedikit serbuk kari, sedikit garam. Saya main agak-agak sahaja)
1 tin susu cair (kalau ayam sikit, kurangkan)
cheddar cheese
3 bawang putih
2 tangkai daun kari
2 sudu besar mentega.
1 biji bawang besar/bawang holland
cili padi / cili kering (terpulang nak pedas mana)

Cara - cara :

1. Goreng ayam tadi dengan tepung. Saya goreng ayam sampai rangup, tapi ada orang suka yang tak berapa rangup so terpulang citarasa masing-masing.

2. Tumis bawang putih, daun kari, dan cili padi/cili kering dengan mentega. Kemudian masukkan bawang besar.

3. Masukkan susu cair tadi. Kemudian masukkan cheese. Cheese terpulang. Kalau nak kurangkan lemak, maka kurangkan penggunaan cheese. 

4. Bila cheese dah cair dan kuah dah pekat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. 

5. Siap untuk dihidangkan.

Mudahkan. Memang senang sangat dan of course budak-budak memang suka. Cubalah. 


Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil