Restoran Muara, Founder Of Nasi Lalapan


Kalau datang Miri tak rasa makan Nasi Lalapan di Restoran Muara maka tak lengkaplah misi anda. 

Masa round Miri ni saya jumpa 3 buah restoran franchise Muara ni. Kira hebat dah tu. Kami makan di bandar di Jalan Merpati. Masa ni jam 2petang, agak lewat sikit. 


Nasi Lalapan ni macam nasi yang menghidangkan pelbagai jenis ulam yang simple dengan pilihan ayam, ikan, sotong, daging atau udang. Ada 8 jenis lauk, kire macam tu la. 

Saya pilih ikan tongkol. 
Ok, ikan dia memang sedap sebab garing. Sebab apa saya cakap ulam simple? sebab ulam jenis senang nak dapat seperti di dalam gambar (pucuk ubi, kacang panjang, kubis) lepas tu ada tempe, tauhu dan timun.

Encik Suami pilih ayam.

Kalau datang Miri, jangan lupa minta Nasi Lalapan tau.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil