Review : Hotel Imperial, Miri, Sarawak

*Quick review

Masa pergi holiday Miri, kami tinggal di penginapan Hotel Imperial. Kali ini kami memilih Suite sebab utama duduk lama iaitu 5hari 4malam. So perlukan ruang selesa memandang anak dah tambah lagi seorang. 

Kami pilih hotel ni sebab dibawahnya ada mall so senang nak jalan-jalan dan di seberang jalan banyak 'street food' agak meriah pada waktu malam. Mudah nak cari makanan seperti laksa sarawak, bakso,nasi lemak,char kuewteow dan bermacam macam lagi.


Ruang tido. Besar dan luas. Selesa. 

Living room. Ada 2 tv dalam suite ni. Living room dan di bilik tidur tadi.

Laluan pemisah antara living room dan bilik tidur

Toilet. Macam biasa bathtub dan semua alat toiletries (sabun,shampoo,sikat,berus gigi dan toothpaste,cottonbud dll). Toilet memang besar. 

wardrobe di laluan pemisah living room dan bilik tidur.



ada banyak promotion sempena Hari Malaysia.

Nanti nak try sama ada berbaloi atau tidak.

Promotion untuk harga bilik.

Fasiliti yang banyak. Cuma yang tak bestnya, dekat swimming pool tak ada cafe. Haha selalunya bila teman anak-anak mandi, saya akan minum minum di cafe.Tapi di sini hanya ada swimming pool, so agak bosan sikit.

Paling bagus, hotel ini menyediakan 2 sejadah untuk memudahkan bersolat. 

Keadaan lantai bilik air yang agak licin ketika basah, pihak hotel menyediakan sepasang selipar. 

Overall memang puas hati. Room service yang efficient, laundry yang super fast. Hantar baju jam 8, jam 12 tengah hari dah hantar baju bersih. Customer service pun okay.

Jadi sesiapa yang datang Miri, boleh cuba menginap di hotel ni. Nak cari makanan dan barang keperluan lain pun senang. 

Saya bagi 3.8/5. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil