Snack Time @ Hotel Imperial

Seperti dijanjikan post sebelum ni maka kami pun pergilah terjah Imperial Restaurant. 

Ini menu promo, akan berakhir pada hujung bulan September. Ada 8 pilihan. 

Maka mulalah rambang mata nak pilih yang mana kan. 

Anak sulung pilih menu ni.
Vegetable Tempura with Tartar Sauce.

Seriusly memang sedap. Sos pun sedap. Sesiapa ada anak yang tak mahu makan sayur leh try masak macam ni. Ada timun, carrot,bawang, terung dan ubi. Memang sedap sampaikan anak no 2 saya terpedaya. Dia ingat sotong (bentuk ring), tapi sebenarnya bawang. Kihkih.

Saya pilih menu ni.
Bread and butter pudding with ice cream

Nak habaq kat korang, portion ni memang besar. Kenyang beb sampai tak larat nak habiskan seorang. Bread pudding tu besar.

Wncik Suami punya pilihan
Caramel Brulee Square. 

Bak kata chef Manu, kek sungguh ringan, melted in your mouth. 

Jadi sesiapa ada di Miri, boleh try menu yang disediakan. Hanya RM10 nett. No extra charges tau. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil